SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Berdasarkan rekod, penerima yang berkelayakan menerima Bantuan daripada eKasih pada tahun 2025 adalah seramai lebih 700,000 individu yang merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang dengan kadar tunai yang ditetapkan berbeza.

Bagaimanakah semakan Bantuan eKasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 2 SEMAK : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

PENGENALAN BANTUAN EKASIH 2025

eKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang menyenaraikan ketua isi rumah dan ahli isi rumah yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan yang layak untuk menerima bantuan-bantuan daripada kementerian mahupun agensi secara automatik.

Antara bantuan yang disalurkan kepada yang tersenarai dalam rekod data Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA e-Kasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

KADAR BANTUAN EKASIH 2025

Bantuan SARA yang diberikan kepada penerima yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih adalah sebanyak kadar berikut :

  • Kategori Penerima eKasih :
    • Isi Rumah : RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Kategori Penerima Bukan eKasih :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.
    • Bujang : Tiada.

SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih, ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

TARIKH BANTUAN EKASIH 2025 DISALURKAN

Penyaluran Bantuan SARA kepada penerima eKasih adalah pada tarikh seperti berikut :

BIL.TARIKH PENYALURAN
BANTUAN SARA EKASIH
1.15 Januari 2025
2.Februari 2025
3.Mac 2025
4.April 2025
5.Mei 2025
6.Jun 2025
7.Julai 2025
8.Ogos 2025
9.September 2025
10.Oktober 2025
11.November 2025
12.Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

1 thought on “SEMAKAN BANTUAN EKASIH 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment