BANTUAN EKASIH 300 2026 : YANG AKAN TERIMA BAYARAN DALAM IC SETIAP BULAN UNTUK PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK – SEMAK STATUS SEKARANG
Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan melalui IC (Kad Pengenalan) adalah automatik sekiranya individu tersenarai dalam rekod data eKasih, dengan kadar pembayaran diterima dua kali ganda lebih tinggi berbanding penerima yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.
Bagaimanakah semakan status pemohon bantuan ekasih 300 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH BAYAR WANG STR 2026 : CHECK KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK AKAN DAPAT BAYARAN FASA 1
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan (Gaji) di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas (Tiada Pasangan);
Kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.
AMAUN BANTUAN EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih disalurkan dalam IC (Kad Pengenalan) mengikut amaun yang ditetapkan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan + RM100 ONE-OFF (Sekaligus) | RM100 Sebulan + RM100 ONE-OFF (Sekaligus) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan + RM100 ONE-OFF (Sekaligus) | RM50 Sebulan + RM100 ONE-OFF (Sekaligus) |
| Bujang | RM100 Sebulan + RM100 ONE-OFF (Sekaligus) | RM50 Sebulan + RM100 ONE-OFF (Sekaligus) |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih disalurkan dalam IC (Kad Pengenalan) mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Bantuan SARA Setiap Bulan | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 |
| Bantuan SARA One-Off (Sekaligus) | Pertengahan Februari 2026 |
SEMAKAN STATUS BANTUAN EKASIH 2026
Status kelayakan pemohon yang berdaftar di Sistem eKasih boleh di semak mengikut panduan seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Halaman utama Semakan eKasih dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) dan Masukkan [Kod Kaptcha] yang diberikan.
- Kemudian Tekan [Klik Untuk Carian].
- Seterusnya, maklumat status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak’.
- Selesai.
Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak mengikut panduan seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 300.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan SARA : 03 7720 1800
- Talian eKasih : 603 8000 8000
- e-Mel : [email protected]
- Laman Pertanyaan eKasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact