BANTUAN DALAM MYKAD ONE OFF 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Berita gembira untuk rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bantuan sempena persediaan Bulan Ramadhan dan Sambutan Tahun Baru Cina secara one-off yang akan dilaksanakan pada Bulan Februari 2026.
Bagaimanakah check status bantuan dalam mykad one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
BANTUAN DALAM MYKAD ONE OFF 2026
Bantuan ONE-OFF ialah bantuan Kerajaan secara sekali bayaran kepada semua rakyat Malaysia sebagai persiapan untuk sambutan Ramadhan dan Tahun Baru Cina.
Program Bantuan ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA untuk semua |
| Kelayakan | Kelayakan secara automatik kepada Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan, termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada |
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 (ONE-OFF) |
| Cara Pembayaran | Secara Tanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai atau pasar raya berdaftar dengan menggunakan MyKad |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD ONE OFF 2026
Penerima Bantuan ONE-OFF 2026 mestilah terdiri daripada :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Umur | Berusia 18 tahun dan ke atas |
| Kadar Pendapatan | Tanpa mengira kadar pendapatan bulanan |
PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD ONE OFF
Bantuan ONE-OFF 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| 9 Februari 2026 (Isnin) | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
CHECK STATUS KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA 2026 (ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima SARA UNTUK SEMUA.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf