BANTUAN DALAM MYKAD B40 2026 (RM200 & RM100 SETIAP BULAN) : CEK LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
Golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) layak untuk menerima bantuan bulanan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai melalui MyKad untuk memenuhi keperluan asas penerima.
Bagaimanakah check kelayakan bantuan dalam mykad b40 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CHECK BAKI SARA 2025 ONLINE : BELI GUNA MYKASIH ANDA SEBELUM TARIKH AKHIR
BANTUAN DALAM MYKAD B40
Syarat Kelayakan Bantuan Dalam MyKad (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- SARA eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- SARA STR;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD B40
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | SARA EKASIH (STR EKASIH) | SARA STR (STR SAHAJA) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan Dalam MyKad, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan mengikut jadual seperti berikut :
- SARA EKASIH (STR & EKASIH)
| BULAN | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Januari 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Februari 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Mac 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| April 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Mei 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Jun 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Julai 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Ogos 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| September 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Oktober 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Novemeber 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| Disember 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| TOTAL | RM2,400 | RM1,800 | RM1,200 |
- SARA STR (STR SAHAJA)
| BULAN | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Januari 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Februari 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Mac 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| April 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Mei 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Jun 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Julai 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Ogos 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| September 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Oktober 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Novemeber 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| Disember 2026 | RM100 | RM50 | RM50 |
| TOTAL | RM1,200 | RM600 | RM600 |
CHECK STATUS KELAYAKAN
Status kelayakan penerima boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 200.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
CARA MENGGUNAKAN KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan bantuan, ikuti langkah mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
- Selesai.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]