BANTUAN ASAS RAHMAH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN ASAS RAHMAH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Bagi mengangkat taraf ekonomi golongan rentan, Kerajaan melanjutkan lagi program bantuan bersasar melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dimana individu yang layak akan menerima bantuan secara bulanan untuk pembelian barangan keperluan asas harian.

Bagaimanakah semak status kelayakan penerima bantuan asas rahmah rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI FASA 2 2025 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

KAEDAH SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH ONLINE

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH DI PORTAL MYKASIH

Semakan status penerima MyKasih boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH DI PORTAL MYSTR

Semakan status penerima MyKasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

JUMLAH MASUK BAYARAN BULANAN

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah

(RM 2,100 Setahun)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasangan

(RM 1,650 Setahun)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
Bujang

(RM 600 Setahun)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • ategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumah

(RM900 Setahun)
RM 100
sebulan
Warga emas tiada pasangan

(RM450 Setahun)
RM 50
sebulan
Bujang

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN ASAS RAHMAH RM100

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATEMPOH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
&
BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR SAHAJA
(BUKAN berstatus eKasih)
Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER

(Selama 9 Bulan)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

1 thought on “BANTUAN ASAS RAHMAH RM100 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment