BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN SARA ONE-OFF RM100
Rakyat Malaysia kini boleh membuat semakan Bantuan SARA untuk semua secara one-off di Portal Rasmi SARA untuk mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak untuk menerima bantuan ini pada Februari 2026.
Bagaimanakah semak penerima bantuan asas rahmah one off 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN DALAM MYKAD ONE OFF 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN
Penerima Bantuan ONE-OFF 2026 mestilah terdiri daripada :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Umur | Berusia 18 tahun dan ke atas |
| Kadar Pendapatan | Tanpa mengira kadar pendapatan bulanan |
PERBEZAAN BANTUAN ASAS BULANAN DAN ONE OFF
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan dan Secara One-Off adalah berbeza seperti berikut :
| SARA BULANAN | SARA UNTUK SEMUA (ONE-OFF) |
|---|---|
| Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) & Berstatus eKasih | Semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, tanpa mengira pendapatan |
Pembayaran Setiap Bulan (12 Bulan) Bermula Januari sehingga Disember | Sekali Bayaran (ONE-OFF) |
| Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Bantuan Sempena Sambutan/Acara tertentu Seperti Sambutan Ramadhan |
| Bermula RM50 sehingga RM200 (mengikut kelayakan penerima) | RM100 |
PROGRAM BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026
Program Bantuan SARA ONE-OFF dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | SARA untuk semua |
| Kelayakan | Kelayakan secara automatik kepada Semua warganegara Malaysia (berusia 18 tahun dan ke atas) tanpa mengira pendapatan, termasuk bagi penerima SARA yang sedia ada |
| Jumlah Bantuan (RM) | 100.00 (ONE-OFF) |
| Cara Pembayaran | Secara Tanpa Tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) |
| Manfaat | Boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan, di kedai atau pasar raya berdaftar dengan menggunakan MyKad |
Bantuan SARA ONE-OFF RM100 tidak memerlukan sebarang permohonan kerana kelayakan adalah secara automatik sekiranya anda merupakan Rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas, dan duit bantuan akan dikreditkan terus ke MyKad (Kad Pengenalan) penerima.
TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026
Bantuan ONE-OFF 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH PEMBAYARAN | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| 9 Februari 2026 (Isnin) | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| PORTAL SEMAKAN | PAUAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA UNTUK SEMUA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan SARA UNTUK SEMUA.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status SARA UNTUK SEMUA : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : SARA UNTUK SEMUA 2026 (ONE-OFF)
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/02/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20-%20STR%20dan%20SARA%202026.pdf