BANTUAN 200 IC 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT PEMBAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD
Bantuan bulanan melalui IC untuk mendapatkan barangan keperluan asas MyKasih 2026 kini ditambahbaik dengan kadar pembayaran diberikan meningkat sebanyak dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini.
Bagaimanakah semakan status bantuan 200 ic 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN RM200 IC 2026 : CHECK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN DALAM MYKAD
SYARAT PENERIMA BANTUAN IC 200
Syarat kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori eKasih RM200 tahun 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
- Kategori : Isi Rumah;
- Pendapatan (Gaji) kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
AMAUN BANTUAN IC 2026
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, kategori Isi Rumah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan | RM2,400 Setahun |
Bantuan SARA ONE-OFF RM100 akan diberikan kepada semua rakyat dewasa Malaysia.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN IC 200
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima setiap bulan dalam tempoh 12 bulan seperti berikut :
- Program Bermula : Januari 2026
- Program Berakhir : Disember 2026
| JENIS SARA | TARIKH PEMBAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|---|
| SARA EKASIH (Isi Rumah) | Januari 2026 Februari 2026 Mac 2026 April 2026 Mei 2026 Jun 2026 Julai 2026 Ogos 2026 September 2026 Oktober 2026 November 2026 Disember 2026 | RM200 |
| SARA ONE-OFF (Semua Rakyat Dewasa Malaysia) | Februari 2026 | RM100 |
CHECK STATUS BANTUAN IC 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) |
| Status | Layak (Jika anda Layak) |
| Tarikh Program Bermula | Januari 2026 |
| Tarikh Program Berakhir | Disember 2026 |
| Kadar Bantuan (RM) | RM200.00 |
TIPS MUDAH GUNA BANTUAN IC
Penerima yang belum mengetahui cara menggunakan Bantuan IC, ikuti tips mudah di bawah ini :
- Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
- Bawa bersama IC (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan IC.
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam IC.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MOF : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara2026