BANTUAN 100 SEBULAN 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Pembelian barangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad boleh dibuat sepanjang tahun dan baki/kredit bulanan SARA akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga 31 Disember 2025.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan 100 sebulan 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: MY KASIH SEMAKAN STATUS 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT PENERIMA BANTUAN 100 SEBULAN
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA RM100:
- Berstatus Bukan eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Kategori Isi Rumah;
JUMLAH BANTUAN SEBULAN 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM100/bulan (bermula Jan – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM100/bulan (bermula Jan – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
CARA GUNA BANTUAN BANTUAN 100 SEBULAN
ndividu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk asas yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
CARA SEMAK BAKI DUIT BANTUAN 100 SEBULAN
Baki Bantuan RM100 dalam MyKad penerima boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk makluman, baki kredit bulanan SARA tidak akan luput dan boleh digunakan sepanjang tahun (baki bulanan akan dibawa ke bulan seterusnya) dan valid sehingga 31 Disember 2025.
SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN 100 SEBULAN
Status kelayakan penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara