BANTUAN 100 RINGGIT SARA : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Terkini! seramai 22 juta rakyat Malaysia akan menerima bantuan one-off RM100 yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sempena Hari Kebangsaan 2025.
Bagaimanakah semakan status sara untuk semua rm100 one off? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SARA UNTUK SEMUA RM100 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN ONE OFF 2025
SIAPAKAH PENERIMA BANTUAN 100 RINGGIT SARA
Syarat kelayakan penerima SARA one-off (sekali bayaran) 2025 adalah seperti berikut:
- Setiap Warganegara Malaysia; dan
- Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekali bayaran) akan diberikan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
MANFAAT BANTUAN 100 RINGGIT SARA
Bantuan RM100 yang disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara dengan pembayaran menggunakan MyKad (kredit SARA).
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 RINGGIT SARA
Pelaksanakan bantuan RM100 SARA one-off (sekali bayaran) adalah seperti berikut:
TARIKH BAYARAN | TEMPOH SAH |
---|---|
BERMULA 31 Ogos 2025 (Ahad) | SEHINGGA 31 Disember 2025 (Rabu) |
Bantuan ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025, dan SAH sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).
CARA GUNA BANTUAN 100 RINGGIT SARA
Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN 100 RINGGIT SARA
Status Kelayakan SARA untuk semua (one-off) boleh disemak secara online bermula 21 Ogos 2025, seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE OFF, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara