BANTUAN 100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu bantuan kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, secara one off sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025.
Bagaimanakah semakan bantuan 100 one off 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK SARA ONE OFF (RM100 2025) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
SIAPAKAH LAYAK BANTUAN 100 ONE OFF
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA one off:
- Warganegara Malaysia;
- Berusia 18 tahun ke atas;
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan.
JUMLAH BANTUAN ONE OFF
Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekaligus) 2025 kepada semua rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas adalah sebanyak RM100 melalui MyKad penerima.
TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 ONE OFF
Pembayaran SARA one-off menerusi MyKad penerima akan dilaksanakan bermula 31 Ogos 2025. Bantuan RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sehingga 31 Disember 2025.
MANFAAT BANTUAN 100 ONE OFF
SARA ONE OFF sebanyak RM100 dapat digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan dengan menggunakan MyKad di 4100 kedai seluruh negara.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN 100 ONE OFF 2025
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Semak di Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
Semak di Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara