BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF : (TERBARU 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF : (TERBARU 2025) SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Satu bantuan baharu secara one off diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas melalui pengkreditan ke MyKad.

Bagaimanakah semak kelayakan penerima bantuan 100 mykad one off? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 100 ONE OFF 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

APA ITU BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF

Bantuan RM100 secara one-off melalui MyKad merupakan inisiatif di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, khas untuk semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira pendapatan, sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2025.

Sumbangan boleh digunakan oleh penerima untuk membeli barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, makanan dalam tin, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara dengan menggunakan MyKad.

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA one off:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas;

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one off akan disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan dan tiada sebarang permohonan diperlukan.

JUMLAH BANTUAN MYKAD ONE OFF

Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off (sekaligus) 2025 kepada semua rakyat dewasa Malaysia berusia 18 tahun ke atas adalah sebanyak RM100 melalui MyKad penerima.

TARIKH BAYARAN BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF

Pembayaran bantuan SARA RM100 one off disalurkan ke MyKad(IC) penerima seperti berikut:

  • Tarikh Bayaran : 31 Ogos 2025 (Ahad)
  • Tempoh sah : 31 Ogos 2025 (Ahad) sehingga 31 Disember 2025 (Rabu)

Bantuan RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment