BANTUAN 100 MYKAD 2025 SEMAKAN : STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN 100 MYKAD 2025 SEMAKAN : STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penerima bantuan bulanan sedia ada di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan turut menerima bantuan tambahan one-off RM100 yang akan diberikan kepada semua rakyat Malaysi, Sempena Hari Kebangsaan.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan 100 mykad 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: REGISTER MYKASIH ONLINE (2025 DAFTAR BANTUAN SARA)

APA ITU BANTUAN 100 MYKAD 2025

Bantuan MyKad merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau MyKasih yang disalurkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad/IC (Kad Pengenalan) pada setiap bulan kepada PENERIMA STR dan Miskin Ekasih.

Manakala, Bantuan RM100 MyKad pula merujuk kepada bantuan SARA one-off (sekali bayar) kepada SEMUA rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan, dimana RM100 akan dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025, sempena sambutan Hari Kebangsaan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD BULANAN 2025

Kelayakan penerima SARA STR 2025 setiap bulan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Berstatus Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN 100 MYKAD ONE OFF

Kelayakan penerima SARA ONE-OFF UNTUK SEMUA (sekali bayaran) 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia; dan
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

SARA ONE-OFF akan diberikan secara automatik ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD BULANAN 2025

Status Kelayakan Penerima Bulanan SARA STR 2025 boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semak di Portal MyKasih (Penerima SARA STR eKasih):

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semak di Portal MySTR (Penerima SARA STR bukan eKasih):

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM 100 MYKAD ONE OFF 2025

SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan kepada SEMUA rakyat Malaysia 18 tahun ke atas, tanpa sebarang permohonan diperlukan, dan penerima yang layak akan menerimanya secara automatik melalui MyKad (Kad Pengenalan) pada 31 Ogos 2025.

Semakan Kelayakan SARA ONE-OFF UNTUK SEMUA boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih https://www.mykasih.com.my/ bermula 21 Ogos 2025.

JUMLAH BANTUAN MYKAD BULANAN 2025

Amaun Bulanan SARA STR 2025 yang disalurkan ke dalam MyKad penerima pada April – Disember 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/bulanRM100/bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150/bulanRM50/bulan
BujangRM50/bulan

MANFAAT BANTUAN

Dengan penyaluran bantuan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan), ia boleh digunakan oleh penerima untuk membeli 90,000 jenis barangan asas yang diluluskan bagi memenuhi keperluan harian seperti makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan, di lebih 4,100 premis berdaftar diseluruh Negara.

CARA TEBUS BANTUAN 100 MYKAD 2025

Penerima boleh menggunakan kredit SARA STR dan SARA ONE-OFF untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai berdaftar seperti berikut:

  1. Bawa MyKad dan Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA STR/ SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment