BANTUAN 100 MADANI 2025 : (SARA ONE OFF) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Kerajaan Madani bakal menyalurkan bantuan RM100 secara one-off kepada 22 juta rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos 2025.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan 100 madani? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: ONE OFF SARA RM100 : (TERKINI 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN 100 MADANI
Kerajaan Madani telah mengumumkan bantuan secara one-off (sekali bayaran) sebanyak RM100 bakal dilaksanakan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia.
Sebanyak RM2 Bilion kadar peruntukan telah disediakan dan bakal memanfaatkan hampri 22 juta penerima di Malaysia dengan penyaluran sebanyak RM100 kepada setiap warganegara Malaysia berusia 18 tahun, tanpa mengira pendapatan.
Bantuan one-off ini disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima khusus digunakan untuk membeli Barangan Keperluan Asas seperti makanan, minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 kedai berdaftar seluruh Negara.
TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN 100 MADANI
Pelaksanaan bantuan RM100 SARA one-off (sekali bayaran) akan disalurkan seperti berikut:
- Tarikh Bayaran : 31 Ogos 2025 (Ahad)
- Tempoh sah : 31 Ogos 2025 (Ahad) sehingga 31 Disember 2025 (Rabu)
Bantuan RM100 ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja oleh penerima bermula 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN 100 MADANI
Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA KREDIT BANTUAN 100 MADANI
Penerima boleh menggunakan kredit SARA one-off untuk pembelian barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan one-off.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara