BAGAIMANAKAH CARA KEMASKINI STR (2026) : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA
Pengemaskinian maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 telah dibuka dan bagi penerima sedia ada yang ingin menerima bayaran Fasa 1 tanpa berlaku keciciran nama sebagai penerima boleh membuat kemaskini bermula 13 Oktober hingga 28 November 2025 sahaja.
Bagaimanakah cara kemaskini STR? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA MYKASIH
KENAPA KENA KEMASKINI STR
Antara sebab utama kena kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah supaya nama sebagai penerima yang layak tidak tercicir dan supaya jumlah bayaran selaras dengan kelayakan penerima yang terkini.
SIAPA KENA KEMASKINI STR
Bukan semua pemohon kena kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ianya tertumpu kepada mereka yang :
- Tidak pernah kemaskini selama 3 tahun;
- Mempunyai perubahan maklumat;
- Data permohonan sedia ada tidak sah dan tidak lengkap.
APAKAH MAKLUMAT STR KENA KEMASKINI
Hanya maklumat-maklumat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mempunyai sebarang perubahan sahaja kena dikemas kini. Berikut merupakan antara maklumat yang kena kemaskini :
- Maklumat Diri Pemohon :
- Alamat tempat tinggal terkini.
- Maklumat pekerjaan.
- Nombor telefon aktif / alamat e-mel aktif.
- Maklumat Pendapatan :
- Kiraan kadar pendapatan bulanan terkini (naik / turun).
- Status pekerjaan : hilang pekerjaan / dapat kerja baharu / perniagaan sendiri / kerja sambilan).
- Maklumat Pasangan :
- Status pasangan semasa : bujang – kahwin / kahwin – cerai / kahwin – pasangan meninggal dunia).
- Nama & Nombor Kad Pengenalan pasangan.
- Status pekerjaan / pendapatan pasangan.
- Akaun bank pasangan (jika ingin digunakan untuk pembayaran STR).
- Maklumat Tanggungan :
- Mempunyai anak baru lahir / anak angkat baharu.
- Anak kini melepasi umur kelayakan (21 tahun ke atas dan tidak belajar).
- Anak meninggal dunia.
- Anak tamat pengajian atau tidak lagi belajar sepenuh masa.
- Maklumat Akaun Bank :
- Tukar maklumat nombor akaun bank yang baharu (jika ada).
- Pastikan nombor akaun masih aktif dan atas nama pemohon sendiri / pasangan.
- Elakkan akaun bersama atau akaun syarikat.
- Maklumat Waris :
- Kemaskini maklumat waris yang terkini (jika berlaku pertukaran waris baharu).
BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN STR 2026
Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah tertakluk kepada kelayakan dan bilangan tanggungan. Berikut merupakan jumlah bayaran bagi tahun 2026 :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
| BIL. TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Tiada | RM700 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 |
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
| BIL. TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Tiada | RM200 |
| 1 – 2 orang | RM450 |
| 3 – 4 orang | RM700 |
| 5 orang ke atas | RM950 |
- Warga Emas Tiada Pasangan :
| BIL. TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Tiada | RM600 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda :
| BIL. TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Tiada | RM0 |
Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik dengan jumlah sebanyak berikut :
| KATEGORI PENERIMA | DAFTAR EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM2,400 | RM1,200 |
| Isi Rumah M40 | – | RM1,200 |
| Warga Emas | RM1,800 | RM600 |
| Bujang | RM1,200 | RM600 |
BAGAIMANAKAH CARA KEMASKINI STR
Pemohon hanya boleh kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) apabila selesai mendaftar akaun baharu sahaja. Setelah itu, pemohon boleh kemaskini mengikut panduan lengkap di bawah :
- Sila layari laman web rasmi Portal MySTR 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Kemas kini Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) STR
- Adakah pemohon baharu juga kena kemaskini STR?
- Ya, sekiranya pemohon baharu mempunyai sebarang perubahan maklumat permohonan.
- Bilakah kemaskini permohonan STR boleh dilakukan?
- Untuk penerimaan fasa 1 2026, pemohon boleh melakukan kemaskini maklumat bermula 13 Oktober hingga 28 November 2025 sahaja.
- Sekiranya melakukan kemaskini permohonan, adakah jumlah bayaran juga berubah?
- Ya, kerana jumlah bayaran adalah mengikut kelayakan dan bilangan tanggungan pemohon.
- Adakah pemohon bujang tidak menerima bayaran STR untuk tahun 2026?
- Pemohon bujang hanya akan menerima bayaran SARA sahaja sebanyak RM50 – RM100 sebulan sehingga RM600 – RM1,200 setahun.
- Bagaimanakah cara bayaran Bantuan STR bagi tahun 2026?
- Cara bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 adalah sama seperti sebelum ini iaitu secara tunai melalui akaun bank penerima dan tunai melalui kaunter BSN.
MAKLUMAT LANJUT
Maklumat yang kami tulis adalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR 2026 dan kongsikan untuk memudahkan carian orang awam. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk pihak STR di bawah :
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]