AMAUN STR DIBAYAR 2026 : SILA BUAT SEMAKAN JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA KEPADA PENERIMA YANG LAYAK FASA 1

AMAUN STR DIBAYAR 2026 : SILA BUAT SEMAKAN JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA KEPADA PENERIMA YANG LAYAK FASA 1

Bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, Kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan membuat bayaran secara berperingkat mengikut amaun yang selayaknya dibayar kepada penerima yang layak.

Bagaimanakah cara semak amaun STR dibayar 2026? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA RAHMAH)

AMAUN STR DIBAYAR 2026

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar dengan jumlah amaun yang berbeza-beza mengikut kategori penerima supaya dapat menampung kos sara hidup selayaknya.

Berikut adalah jumlah amaun bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 :

  • Jumlah Amaun Bayaran STR 2026 :
KATEGORI PENERIMAAMAUN STR 2026
Isi Rumah B40RM700 (tiada anak)
RM1,200 (1-2 anak)
RM1,700 (3-4 anak)
RM2,200 (>5 anak)
Isi Rumah M40RM200 (tiada anak)
RM450 (1-2 anak)
RM700 (3-4 anak)
RM950 (>5 anak)
Warga EmasRM600
Bujang
  • Jumlah Amaun Bayaran STR Fasa 1 2026 (Anggaran) :
KATEGORI PENERIMAAMAUN STR FASA 1
(ANGGARAN)
Isi Rumah B40RM150 (tiada anak)
RM300 (1-2 anak)
RM450 (3-4 anak)
RM500 (>5 anak)
Isi Rumah M40RM50 (tiada anak)
RM100 (1-2 anak)
RM150 (3-4 anak)
RM200 (>5 anak)
Warga EmasRM150
Bujang

TARIKH STR DIBAYAR 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 dilaksanakan berperingkat selama 4 fasa mengikut tarikh anggaran berikut :

  • Fasa 1 : Dianggarkan pada bulan Februari (sebelum perayaan Tahun Baru Cina & Ramadan).
  • Fasa 2 : Belum diketahui.
  • Fasa 3 : Belum diketahui.
  • Fasa 4 : Belum diketahui.

*Namun, tarikh bayaran STR akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi.

CARA STR DIBAYAR 2026

Untuk memudahkan penerima-penerima menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan akan dibayar kepada yang layak mengikut cara-cara seperti berikut :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter bank :
    • Bantuan STR akan dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank atau status pengkreditan ‘Gagal Kredit’. Manakala penerima pedalaman Sabah dan Sarawak akan terima bayaran tunai di pusat pemberian seperti di sekolah-sekolah yang akan dimaklumkan oleh Kerajaan.
  2. Bayaran terus ke dalam akaun bank penerima :
    • Bantuan STR akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima tanpa mengira jenis akaun yang didaftarkan. Namun pengkreditan mengambil masa 3 ke 5 hari bekerja dari tarikh yang dimaklumkan.

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR

Status kelayakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi STR 2026 seperti panduan lengkap di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment