AMAUN DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAKAN JUMLAH BAYARAN YANG DIPEROLEH PEMOHON YANG LULUS FASA 1

AMAUN DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAKAN JUMLAH BAYARAN YANG DIPEROLEH PEMOHON YANG LULUS FASA 1

Setiap pemohon yang lulus permohonan akan memperoleh duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah amaun yang berbeza-beza selayaknya mengikut kelayakan dan kategori penerima.

Bagaimanakah cara semak amaun duit Bantuan STR dibayar 2026? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAGAIMANAKAH CARA MOHON BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : PEMOHON YANG LULUS AKAN TERIMA BAYARAN SEBANYAK RM100, RM200 SETIAP BULAN

AMAUN DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Berikut merupakan amaun Bantuan STR yang akan dibayar kepada penerima untuk tahun 2026 :

  • Kadar Amaun Bantuan STR Dibayar 2026 :
KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN STR
2026
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Warga EmasRM600
Bujang
  • Kadar Amaun Bantuan STR Dibayar Fasa 1 :
KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN STR
FASA 1
Isi Rumah B400 anak : RM150
1-2 anak : RM300
3-4 anak : RM450
>5 anak : RM500
Isi Rumah M400 anak : RM50
1-2 anak : RM100
3-4 anak : RM150
>5 anak : RM200
Warga EmasRM150
Bujang

CARA DUIT BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Duit Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar kepada penerima mengikut cara-cara berikut :

BAYARAN BANTUAN STR
KEPADA PENERIMA
ADA AKAUN BANK
BAYARAN BANTUAN STR
KEPADA PENERIMA
TIADA AKAUN BANK
Dibayar secara online banking
dalam sistem IBG Fund Transfer
terus ke dalam akaun bank penerima
Dibayar secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)

JADUAL BANTUAN STR DIBAYAR KEPADA PEMOHON LULUS FASA 1

Bantuan STR untuk Fasa 1 dijangka akan dibayar mengikut jadual seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BANTUAN STR
DIBAYAR FASA 1
Penerima Sedia AdaFebruari 2026
(akan dikemaskini)
Penerima BaharuFebruari 2026
(akan dikemaskini)
*Bayaran Fasa 1 dijangka dibayar sebelum Tahun Baru Cina dan sebelum bulan Ramadan. Namun akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN STR 2026

Klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak status permohonan dan status bayaran :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  2. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  3. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  4. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  5. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  7. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan & status bayaran Bantuan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang Bantuan STR 2026. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/. Untuk rujukan lanjut sila hubungi talian berikut :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Leave a Comment