AMAUN DUIT BANTUAN STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA PENERIMA YANG LULUS PERINGKAT FASA 1
Peringkat pertama (1) pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal dilaksanakan dan akan diterima oleh penerima yang lulus. Setiap penerima akan terima duit bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan amaun yang berbeza mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah cek amaun duit Bantuan STR 2026? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
AMAUN DUIT BANTUAN STR 2026
Duit Bantuan Sumbanga Tunai Rahmah (STR) akan diterima oleh setiap kategori yang lulus Fasa 1 sebanyak amaun berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR | AMAUN BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 (<RM2,500) | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM200 hingga RM500 |
| Isi Rumah M40 (RM2,501- RM5,000) | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM100 hingga RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 | RM150 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan berperingkat dari Fasa 1 hingga Fasa 4 mengikut jadual bayaran berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Mulai 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
| Fasa 2 | Belum diumumkan |
| Fasa 3 | Belum diumumkan |
| Fasa 4 | Belum diumumkan |
JENIS PENERIMAAN BANTUAN STR 2026
Untuk memudahkan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) jenis penerimaan bayaran yang mudah mengikut penerima seperti berikut :
| PEMBAYARAN TUNAI DI KAUNTER BANK | PENGKREDITAN TUNAI DALAM AKAUN BANK |
|---|---|
| Penerima yang tiada akaun bank akan menerima bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) (termasuk penerima di Sabah, Sarawak & W.P Labuan) | Penerima yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran secara pengkreditan tunai dalam akaun bank masing-masing atau akaun bank pasangan |
CEK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Bagi pemohon sedia ada dan pemohon baharu yang telah kemukakan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh cek kelayakan masing-masing seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk STR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.
- Tekan [Semak].
- Klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan [Semakan Permohonan].
- Status Kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan lanjut berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.