AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DIPEROLEH OLEH PENERIMA YANG LULUS KELAYAKAN FASA 1

AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DIPEROLEH OLEH PENERIMA YANG LULUS KELAYAKAN FASA 1

Setiap pemohon pastinya memperoleh pendapatan yang berbeza dan mempunyai jumlah anak / tanggungan yang berlainan. Oleh itu, Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dibayar dengan amaun yang berbeza mengikut kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara semak amaun Bantuan STR dibayar 2026? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 : SEMAK STATUS ANDA LAYAK ATAU TIDAK TAWARAN KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI1/2026

AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 akan dibayar mengikut kelayakan dan jumlah anak penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • Tiada anak : RM700.
    • 1 – 2 anak : RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM1,700.
    • 5 anak ke atas : RM2,200.
  • Isi Rumah M40 :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 – 2 anak : RM450.
    • 3 – 4 anak : RM700.
    • 5 anak ke atas : RM950.
  • Warga Emas (Tiada Pasangan) :
    • RM600.
  • Bujang / Balu / Janda / Duda :
    • Tiada (hanya terima Bantuan SARA).

TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Pembayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) masih belum diumumkan. Namun, dijangka dibayar mengikut fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : Dijangka sebelum Tahun Baru Cina & Ramadan (akan dikemaskini).
  • Fasa 2 : Dijangka sebelum / selepas Hari Raya Aidilfitri (akan dikemaskini).
  • Fasa 3 : Dijangka sebelum hari Kebangsaan (akan dikemaskini).
  • Fasa 4 : Dijangka sebelum perayaan Deepavali (akan dikemaskini).

*Namun, akan dikemaskini semula mengikut pengumuman oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

CARA BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Terdapat dua (2) cara Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dibayar kepada penerima yang mempunyai akaun bank dan tiada akaun bank seperti berikut :

  • Cara Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Dibayar secara tunai bersemuka melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di pusat-pusat yang bersesuaian.
  • Cara Bayaran Bantuan STR Kepada Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank (mengikut jenis akaun bank penerima) yang didaftarkan dalam permohonan STR.

SEMAK AMAUN BANTUAN STR YANG ANDA LAYAK 2026

Untuk mengetahui amaun Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang sebenarnya akan anda terima untuk tahun 2026, sila buat semakan di Portal Rasmi di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan dan amaun Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747.
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566.
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment