AMAUN BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK
Jumlah peruntukan sebanyak RM15 billion disalurkan melalui Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) secara berperingkat dan berfasa dan setiap rakyat berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 yang memenuhi syarat kelayakan akan terima amaun yang sepadan dengan kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara semak amaun Bantuan STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK EKASIH ONLINE 2026 : BAYARAN RM200 SETIAP BULAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK
AMAUN BANTUAN STR 2026
Penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 bermula sebanyak RM200 hingga RM2,200 mengikut kelayakan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BANTUAN STR 2026 | BAYARAN FASA PERTAMA (1) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak – RM700 1/2 anak – RM1,200 3/4 anak – RM1,700 >5 anak – RM2,200 | RM200 RM300 RM400 RM500 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak – RM200 1/2 anak – RM450 3/4 anak – RM700 >5 anak – RM950 | RM100 RM100 RM150 RM200 |
| Warga Emas | RM600 | RM150 |
| Bujang | – | – |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN STR 2026
Penyaluran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa dari Fasa Pertama (1) hingga Fasa Keempat (4) mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Fasa Pertama (1) | 20 Januari 2026 dan berperingkat |
| Fasa Kedua (2) | Mac 2026 |
| Fasa Ketiga (3) | Ogos 2026 |
| Fasa Keempat (4) | November 2026 |
CARA BANTUAN STR DISALURKAN 2026
Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), Kerajaan menyediakan dua (2) cara penyaluran yang mengikut jenis penerima seperti berikut :
| CARA BANTUAN STR DISALURKAN | JENIS PENERIMA |
|---|---|
| Disalurkan melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR) | – Penerima mempunyai akaun bank aktif |
| Disalurkan secara tunai melalui kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima | – Penerima tiada akaun bank aktif atau – Penerima Status ‘Gagal Kredit’ |
SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Untuk ketahui berapa amaun Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang layak diterima mengikut kelayakan, setiap pemohon boleh membuat semakan kelayakan secara online seperti berikut :
- Layari laman web rasmi STR di sini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama STR, klik butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Jika kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah dan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan Pemuka STR akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan jumlah amaun Bantuan STR yang layak diterima akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.