REGISTRATION BANTUAN SABAH RM300 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR

REGISTRATION BANTUAN SABAH RM300 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR

Pembentangan Belanjawan Negeri Sabah bagi tahun 2025 ada menyatakan Bantuan Khas untuk rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat yang memperuntukan sebanyak RM358.5 juta untuk disalurkan kepada rakyat Sabah dengan kadar RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah cara registration Bantuan Sabah RM300? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STR FASA 1 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

APA ITU BANTUAN SABAH

Bantuan Sabah yang dikenali sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperuntukan sebanyak RM358.5 juta oleh Kerajaan Negeri Sabah adalah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat di Negeri Sabah terutamanya bagi golongan miskin dan miskin tegar.

Hal ini kerana, bilangan isi rumah di Sabah golongan miskin tegar meliputi 38% atau 6,937 daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah di Malaysia. Bahkan menurut Menteri Ekonomi, sebanyak 7 daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara juga direkodkan di Sabah.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH RM300 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Sabah RM300 sebulan :

  • Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
  • Menetap di Negeri Sabah;
  • Berstatus Miskin dan Miskin Tegar;
  • Merupakan Ketua Isi Rumah termasuk Ahli Isi Rumah yang berumur 18 tahun dan ke atas.

REGISTRATION BANTUAN SABAH RM300 2025

Pendaftaran / permohonan Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) sebanyak RM300 setiap bulan adalah secara manual seperti berikut :

  1. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)
    • Pemohon boleh mengunjungi pejabat UPPM di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan. Pegawai di UPPM akan membantu memproses dokumen dan memastikan maklumat anda lengkap sebelum dihantar.
  2. Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)
    • Pemohon juga boleh menghubungi atau mengunjungi JPKK di kawasan anda untuk mendapatkan bantuan dan panduan berkaitan proses permohonan.
  3. Ketua Kampung
    • Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam memastikan setiap penduduk yang layak mendapat maklumat tentang program ini. Mereka akan membantu dalam pengesahan permohonan.
  4. Pengesahan dan Kelulusan
    • Semua permohonan akan disemak oleh pihak berkuasa tempatan sebelum diluluskan. Pastikan anda menyerahkan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad, slip gaji (jika ada), dan dokumen pengesahan pendapatan.

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN SABAH RM300 2025

Kerajaan Negeri Sabah akan melaksanakan Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) setiap bulan selama tempoh 12 bulan (setahun) dengan kadar bantuan sebanyak RM300 sebulan yang akan melibatkan peruntukan sebanyak RM358.5 juta bagi tahun 2025.

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH RM300 2025

Pembayaran Bantuan Sabah (Program Sentuhan Kasih Rakyat) RM300 akan dibayar secara berperingkat setiap bulan dalam bentuk pakej bermula pada bulan Februari 2025 dan tarikh rasmi bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila kerajaan mengumumkannya secara rasmi.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan BANTUAN SABAH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment