SEMAK STR FASA 4 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN TERKINI
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal memasuki fasa akhir tahun 2026 dengan pembayaran fasa 4 yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat dan bantuan akan disalurkan kepada pemohon yang berstatus Lulus dan memenuhi syarat kelayakan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan str fasa 4 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK STR FASA 4 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN TERKINI
KENAPA PERLU SEMAK STATUS?
Semakan STR 2026 amat penting untuk penerima :
- Semak Status Kelayakan Permohonan (untuk pemohon baru);
- Semakan Status Permohonan Rayuan;
- Semak Status Kelayakan Bayaran (layak atau tidak);
- Semakan Status Bayaran (Telah dikreditkan/Gagal Kredit/ Dalam Proses);
- Semakan Tarikh Kredit Bayaran;
- Semakan Jumlah Bayaran;
Catatan : Semakan ini amat penting untuk memastikan anda layak menerima setiap fasa pembayaran STR, dan mengambil tindak selanjutnya jika semakan menunjukkan anda tidak layak seperti rayuan dan kemas kini maklumat permohonan.
LOGIN & SEMAK STR FASA 4 2026
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, FASA 4 boleh disemak secara online seperti berikut :
- Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
MAKSUD SEMAKAN STATUS STR
Setelah berjaya Login Portal MySTR, klik pada menu “Semakan Status”, dan anda akan melihat salah satu daripada keputusan berikut :
- Semakan Berstatus ‘Lulus’ :
- Permohonan diluluskan dan menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
- Pemohon layak menerima bayaran dengan amaun yang diterima mengikut kategori kelayakan masing-masing.
- Semakan Berstatus ‘Tidak Lulus’ :
- Permohonan ditolak dimana andatidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.
- Sistem akan memaparkan Kod Penolakan (sebab tidak lulus) dan anda boleh mengemukakan permohonan rayuan bersama dokumen sokongan dalam tempoh permohonan rayuan yang dibuka
- Semakan Berstatus ‘Gagal Kredit’ :
- Bantuan gagal dikreditkan ke Bank mungkin disebabkan akaun tidak aktif.
- Anda boleh menuntut bayaran secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad asal.
AMAUN KELAYAKAN STR FASA 4 2026
Amaun Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
| BILANGAN ANAK | FASA 4 |
|---|---|
| Tiada Anak | RM150 |
| 1 hingga 2 Anak | RM300 |
| 3 hingga 4 Anak | RM400 |
| 5 Anak Ke Atas | RM500 |
- Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | FASA 4 |
|---|---|
| Tiada Anak | – |
| 1 hingga 2 Anak | RM100 |
| 3 hingga 4 Anak | RM150 |
| 5 Anak Ke Atas | RM250 |
- Warga Emas Tanpa Pasangan :
| KATEGORI PENERIMA | FASA 4 |
|---|---|
| Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang) Berumur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
- Bujang :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 tahun hingga 59 tahun | Pembayaran digantikan melalui Bantuan SARA RM50 Setiap Bulan (Total Setahun : RM600) |
JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2026
Mengikut jadual STR 2026, pembayaran FASA AKHIR (FASA 4) masih belum diumumkan, dan sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan (MOF).
| FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| STR FASA 4 | Akan Datang |
Apabila pengkreditan STR FASA 4 mula dilaksanakan, setiap penerima yang layak akan menerima bayaran seperti berikut :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf