STR FASA 4 BILA MASUK : SEMAK STATUS BAYARAN
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa empat (4) adalah merupakan bayaran terakhir untuk pelaksanaan tahun 2026 ini. Bayaran akan diawalkan sempena perayaan Deepavali yang akan disambut pada 8 November 2026.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 4 masuk? Bagaimanakah cara semak status bayaran? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : KEMASKINI STR TERKINI – PANDUAN LENGKAP
STR FASA 4 BILA MASUK
Penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 sebelum akhir tahun 2026. Berikut merupakan jadual jangkaan bayaran Fasa 4 :
| TARIKH BAYARAN UNTUK PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH BAYARAN UNTUK PENERIMA BAHARU |
|---|---|
| Oktober – November 2026 | November 2026 |
JUMLAH STR FASA 4 MASUK
Kelayakan penerima dan bilangan tanggungan (anak) adalah penentu jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan diterima masuk. Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran Fasa 4 :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi rumah B40 (Tiada anak) | RM150 |
| Isi rumah B40 (1 – 2 orang anak) | RM300 |
| Isi rumah B40 (3 – 4 orang anak) | RM400 |
| Isi rumah B40 (Lebih 5 orang anak) | RM500 |
| Isi rumah M40 (Tiada anak) | – |
| Isi rumah M40 (1 – 2 orang anak) | RM50 |
| Isi rumah M40 (3 – 4 orang anak) | RM150 |
| Isi rumah M40 (Lebih 5 orang anak) | RM250 |
| Warga Emas (Tiada anak & Tiada pasangan) | RM150 |
SEMAK STATUS BAYARAN STR FASA 4
Anda boleh mengetahui status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 sama ada telah dikreditkan atau masih dalam proses kredit atau gagal kredit. Ikuti panduan cara semakan status yang lengkap di bawah :
- Layari pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pilih log masuk guna MyDigital ID atau masukkan nombor kad Pengenalan.
- Jika masukkan nombor kad pengenalan, klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan anda yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka pemohon akan dipaparkan
- Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
- Status permohonan dan status bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
- “Telah Dikreditkan”; atau
- “Dalam Proses Kredit”; atau
- “Gagal Kredit”.
- Selesai.
*Nota : Jika status bayaran dipaparkan “Gagal Kredit”, penerima dinasihatkan untuk membuat tuntutan wang tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa Kad Pengenalan fizikal pada tarikh yang akan diumumkan.
CARA BAYARAN STR FASA 4
Hanya dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disediakan oleh Kerajaan untuk memudahkan penerima menerima bayaran tanpa sebarang masalah. Berikut merupakan dua (2) cara bayaran Fasa 4 :
| KOD STATUS BAYARAN | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Telah Dikreditkan atau Dalam Proses Kredit | Dikreditkan secara berperingkat (3 hingga 5 hari dari tarikh diumumkan) ke dalam akaun bank penerima dan penerima perlu buat semakan baki akaun dari semasa ke semasa |
| Penunaian atau Gagal Kredit | Dibayar secara tunai terus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) (selepas tarikh diumumkan) pada waktu operasi bank sahaja 9:00 pagi hingga 4:30 petang |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.