KEMASKINI STR 2027 ONLINE : CARA KEMASKINI STR 2027

KEMASKINI STR 2027 ONLINE : CARA KEMASKINI STR 2027

Untuk mengelakkan permohonan atau pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 berstatus ‘Gagal Kredit’, penerima sedia ada bantuan perlu membuat kemas kini maklumat dengan segera untuk terus layak menerima pembayaran bagi FASA 1.

Bagaimanakah cara kemaskini str 2027 online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : BANTUAN TUNAI STR 2027 : PERMOHONAN BARU ONLINE

SYARAT KEMASKINI STR 2027

Individu yang perlu kemas kini maklumat permohonan STR 2027, terdiri daripada penerima sedia STR yang mempunyai :

  • Perubahan Status Perkahwinan;
    • Baru berkahwin;
    • Bercerai atau kematian pasangan
  • Pertambahan Bilangan Anak / Tanggungan;
  • Perubahan Kadar Pendapatan Bulanan;
  • Perubahan Akaun Bank Pemohon / Pasangan;
  • Perubahan Maklumat Waris;
  • Perubahan Maklumat Nombor Telefon / Alamat Surat Menyurat / e-Mel; atau
  • Tidak pernah kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut

Info penting :

Kemas kini maklumat amat penting untuk memastikan semakan status bayaran penerima adalah berstatus ‘Lulus’ dan melancarkan proses pembayaran bantuan kepada penerima.

Penerima sedia ada STR tidak perlu membuat permohonan baharu, dan hanya perlu kemas kini maklumat permohonan sekiranya anda mempunyai perubahan maklumat seperti di atas.

TARIKH KEMASKINI STR 2027

Kemas kini maklumat permohonan STR 2027, boleh dilakukan secara fizikal atau dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :

KAEDAH KEMAS KINITARIKH KEMAS KINI
Secara Manual (Fizikal)

Melalui borang kertas kertas kemas kini STR (BK-02)
di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
1 Oktober 2026, Khamis
Secara Online

Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR
15 Oktober 2026, Khamis

KEMASKINI STR 2027 ONLINE

Sekiranya anda memenuhi kriteria kemas kini STR 2027, anda boleh ikut panduan lengkap cara kemas kini secara online seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
  3. Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
  4. Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
  5. Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. (Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu).
  6. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  7. Klik pada [Perubahan Maklumat Permohonan].
  8. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti di bawah (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi) :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon
    • Pilihan Pekerjaan
    • Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan
    • Status Perkahwinan
    • Alamat Surat Menyurat pemohon
    • Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan
  9. Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
  10. Kemasikini Maklumat Waris.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

BORANG KEMASKINI STR 2027

Berikut merupakan borang kemas kini permohonan STR 2027 yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau muat turun (download) seperti di bawah :

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment