KEMASKINI STR 2027 : CARA KEMASKINI STR 2027 ONLINE
Portal MySTR untuk kemas kini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, kini dibuka dan boleh dikemas kini dengan segera sekiranya mempunyai perubahan maklumat peribadi atau tidak pernah kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut.
Bagaimanakah cara kemaskini str 2027? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga : STR 2027 BUJANG : CARA PERMOHONAN BAHARU
SIAPAKAH PERLU KEMASKINI STR
Individu yang perlu kemas kini maklumat permohonan STR 2027, terdiri daripada penerima sedia STR yang mempunyai :
- Perubahan status perkahwinan;
- Baru berkahwin;
- Bercerai atau kematian pasangan
- Pertambahan bilangan anak;
- Perubahan jumlah pendapatan bulanan;
- Perubahan maklumat akaun bank;
- Perubahan maklumat nombor telefon; atau
- Tidak pernah kemas kini maklumat selama tiga (3) tahun berturut-turut
Info penting : Penerima sedia ada STR tidak perlu membuat permohonan baharu, dan hanya perlu kemas kini permohonan sekiranya anda mempunyai perubahan maklumat seperti di atas.
BORANG KEMASKINI STR 2027
Berikut merupakan borang kemas kini permohonan STR 2027 yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau muat turun (download) seperti di bawah :
CARA KEMASKINI STR 2027
Kemas kini maklumat permohonan STR 2027, boleh dibuat melalui dua (2) kaedah rasmi utama yang ditetapkan seperti berikut :
- Melalui borang kertas kemas kini STR (BK-02), yang dihantar secara fizikal (manual) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan.
- Melalui Portal Rasmi MySTR, di mana kemas kini maklumat dibuat secara dalam talian (online).
TARIKH KEMASKINI STR 2027
Kemas kini maklumat permohonan STR 2027, boleh dilakukan secara fizikal atau dalam talian (online) bermula tarikh rasmi berikut :
| KAEDAH KEMAS KINI | TARIKH KEMAS KINI |
|---|---|
| Secara Manual (Fizikal) Melalui borang kertas kertas kemas kini STR (BK-02) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan | 1 Oktober 2026, Khamis |
| Secara Online Melalui dalam talian (online) di Portal Rasmi MySTR | 15 Oktober 2026, Khamis |
KEMASKINI STR 2027 ONLINE
Sekiranya anda memenuhi kriteria kemas kini STR 2027, anda boleh ikut panduan lengkap cara kemas kini secara online seperti berikut :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman Utama Portal mySTR akan dipaparkan.
- Tekan butang Log Masuk untuk membuat Kemaskini Permohonan.
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Pemohon.
- Klik butang [Semak] dan Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan. (Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu).
- Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
- Klik pada [Perubahan Maklumat Permohonan].
- Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat seperti di bawah (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi) :
- Nombor Telefon Bimbit Pemohon
- Pilihan Pekerjaan
- Pilihan Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan
- Status Perkahwinan
- Alamat Surat Menyurat pemohon
- Maklumat dan Nombor Akaun Bank yang masih aktif
- Alamat e-Mel yang aktif digunakan
- Kemaskini Maklumat Asas Pasangan dan Anak (Status Perkahwinan : Berkahwin)
- Kemasikini Maklumat Waris.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
- Klik pada butang [Hantar].
- Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Selesai.
SUMBER RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian Kementerian Kewangan (MOF) : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem