SIAPA LAYAK MOHON STR 2027 – SEMAK SYARAT KELAYAKAN PENUH
Terdapat beberapa syarat penting yang ditetapkan oleh kerajaan untuk melayakkan pemohon mendapat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk sepanjang tahun 2027. Oleh itu, sebelum kemukakan permohonan, ketahui apa syarat-syarat yang ditetapkan bagi setiap kategori.
Bagaimanakah syarat kelayakan untuk mohon STR 2027? Semak penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN STR WARGA EMAS 2027 – LANGKAH DEMI LANGKAH
SIAPA LAYAK MOHON STR 2027
Tentunya syarat utama untuk pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mestilah berwarganegara Malaysia yang menetap di Malaysia serta memenuhi syarat-syarat kelayakan mengikut kategori seperti berikut :
- Isi Rumah :
- Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
- Balu atau bercerai (ada anak yang masih tanggungan).
- Tiada had umur.
- Pendapatan bawah RM2,500 (kategori B40); atau
- Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (kategori M40).
- Warga Emas :
- Bujang atau balu atau bercerai.
- Tiada anak yang masih tanggungan.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan tidak lebih RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Bujang atau balu atau bercerai.
- Tiada anak yang masih tanggungan.
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- OKU umur 19 tahun dan ke atas.
- Pendapatan bawah RM2,500 sebulan.
- Bukan tanggungan / bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR 2027
Rujuk panduan lengkap cara untuk mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama STR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH STR MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA
Jika disahkan layak, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar mengikut kategori bersama dengan bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak berikut :
- Isi Rumah Akan Terima Sebanyak Berikut :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM600 3 – 4 anak : RM1,100 >5 anak : RM1,600 | RM1,800 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas Akan Terima Sebanyak Berikut :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada anak | RM600 | RM600 |
- Bujang Akan Terima Sebanyak Berikut :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada anak | – | RM600 |
JADUAL BAYARAN STR 2027
Pembayaran Sumangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| FASA BAYARAN | TUJUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Persediaan awal tahun dan Perayaan Tahun Baru Cina | Januari 2027 |
| Fasa 2 | Persiapan menyambut Perayaan Aidilfitri | Mac 2027 |
| Fasa 3 | Penghargaan Hari Kebangsaan | Ogos 2027 |
| Fasa 4 | Persiapan akhir tahun dan menyambut Perayaan Deepavali | November 2027 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.