PERMOHONAN STR ISI RUMAH 2027 – PANDUAN LENGKAP

PERMOHONAN STR ISI RUMAH 2027 – PANDUAN LENGKAP

Golongan isi rumah yang berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 yang belum menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun sebelum ini boleh mula kemukakan permohonan baharu untuk penerimaan tahun 2027.

Bagaimanakah permohonan STR isi rumah 2027? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH STR SARA 2027 : MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN STR ISI RUMAH

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori Isi Rumah :

  • Warganegara : Malaysia.
  • Had Umur : Tiada had umur.
  • Status Perkahwinan :
    • Berkahwin – ada atau tiada anak masih tanggungan; atau
    • Balu (kematian pasangan) – ada anak masih tanggungan; atau
    • Bercerai – ada anak masih tanggungan.
  • Kadar Pendapatan :
    • B40 – Tidak melebihi RM2,500 sebulan.
    • M40 – RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.

JUMLAH BANTUAN STR ISI RUMAH 2027

Kerajaan menetapkan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk isi rumah adalah disalurkan berdasarkan bilangan anak penerima seperti berikut :

  • Bayaran Untuk Isi Rumah B40 :
BILANGAN ANAKJUMLAH BAYARAN
TiadaRM200
1 – 2 orang anakRM600
3 – 4 orang anakRM1,100
Lebih 5 orang anakRM1,600
  • Bayaran Untuk Isi Rumah M40 :
BILANGAN ANAKJUMLAH BAYARAN
TiadaRM200
1 – 2 orang anakRM450
3 – 4 orang anakRM700
Lebih 5 orang anakRM950

TARIKH PERMOHONAN STR ISI RUMAH

Bagi yang ingin memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh kemukakan permohonan bermula dari tarikh berikut :

PLATFORM PERMOHONANTARIKH MULA MOHON
Permohonan di Pejabat
Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDNM)
Bermula 1 Oktober 2026
Permohonan secara online
di Portal Rasmi MySTR
Bermula 15 Oktober 2026

PERMOHONAN STR ISI RUMAH 2027

Ikuti panduan lengkap cara mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN STR

  • Salinan MyKad pemohon yang jelas dan sah.
  • Salinan MyKad atau MyPR pasangan, jika berkenaan.
  • Maklumat akaun bank pemohon, jika berkaitan dengan kaedah pembayaran.
  • Dokumen pengesahan pendapatan, jika diminta atau diperlukan.
  • Anak kandung : Salinan MyKad, MyKid atau sijil kelahiran anak.
  • Anak angkat : Salinan MyKad atau MyKid anak serta sijil pendaftaran anak angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Anak yang masih belajar : Surat pengesahan belajar daripada institusi pendidikan, jika diperlukan untuk pengesahan status anak.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment