PERMOHONAN BARU STR 2027 SECARA ONLINE

PERMOHONAN BARU STR 2027 SECARA ONLINE

Portal Rasmi MySTR untuk permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 secara dalam talian (online) kini dibuka bermula 15 Oktober 2026. Individu yang belum pernah memohon atau menerima, serta memenuhi syarat kelayakan bantuan STR, boleh membuat permohonan dengan mudah di Portal MySTR.

Bagaimanakah permohonan baru str 2027 secara online? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : PERMOHONAN STR BUJANG 2027 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN SECARA ONLINE

SYARAT PERMOHONAN BARU STR 2027

Syarat kelayakan permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada :

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
Isi RumahWarganegara Malaysia;

Berkahwin (Ada atau Tiada Anak);

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Ada Anak);

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
Warga Emas Tanpa PasanganWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Berpendapatan RM5,000 dan ke bawah
BujangWarganegara Malaysia;

Bujang; atau

Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
(Tiada Anak);

Berumur 21 tahun sehingga 59 tahun;

Berumur 19 tahun sehingga 59 tahun (OKU);

Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa;

Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah

AMAUN BAYARAN STR 2027

Setiap penerima dan pemohon yang lulus permohonan STR 2027, akan menerima bayaran dengan amaun seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,500 ke bawah) :
BILANGAN ANAKKADAR MAKSIUM STR 2027
Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM600
3 – 4 AnakRM1,100
5 Anak Ke AtasRM1,600
  • Kategori Isi Rumah (berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :
BILANGAN ANAKKADAR MAKSIUM STR 2027
Tiada AnakRM200
1 – 2 AnakRM450
3 – 4 AnakRM700
5 Anak Ke AtasRM950
  • Warga Emas Tanpa Pasangan :
KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIUM STR 2027
Warga Emas Tanpa Pasangan (Bujang)
Berusia 60 tahun dan ke atas
RM600
  • Bujang :
KATEGORI PENERIMAKADAR MAKSIUM STR 2027
Bujang
Berusia 21 tahun sehingga 59 tahun
Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA

(RM50 Setiap Bulan = RM600 Setahun

Catatan : Setiap penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima amaun tambahan secara bulanan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khusus untuk pembelian barangan asas dengan amaun diberikan mengikut kelayakan masing-masing.

KAEDAH PERMOHONAN STR 2027

Permohonan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, terdiri daripada dua (2) kaedah seperti berikut :

  • Permohonan Secara Manual (Fizikal) :
    • Melalui borang kertas permohonan STR (BK-01) di Pejabat Hasil / HASiL Satelit / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM berdekatan
  • Permohonan Secara Dalam Talian (Online) :

Catatan : Permohonan STR 2027 dibuka sepanjang tahun mulai 01 Oktober 2026 bagi permohonan secara borang manual manakala permohonan secara dalam talian dibuka mulai 15 Oktober 2026.

BORANG PERMOHONAN BARU STR 2027

Untuk yang ingin membuat permohonan secara manual, anda boleh dapatkan borang permohonan rasmi STR 2027 (Borang BK-01) yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau muat turun (download) seperti di bawah :

PERMOHONAN BARU STR 2027 ONLINE

Beriku merupakan panduan lengkap cara permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, secara online :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
    • Pekerjaan;
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

CARA PENYALURAN STR 2027

Penyaluran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, adalah seperti berikut :

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment