DAFTAR SARA 2027 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

DAFTAR SARA 2027 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

Untuk tahun 2027, kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan kepada setiap kategori penerima. Selain itu, kerajaan juga menambahbaik senarai barangan keperluan asas dan barang basah segar serta meluaskan penggunaan kepada pasar tani terpilih.

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan secara tanpa tunai terus automatik ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas dan makanan.

Bagaimanakah cara daftar SARA 2027? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : DAFTAR PERMOHONAN STR 2027 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON ONLINE

JUMLAH BANTUAN SARA 2027

Berikut merupakan jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah diperincikan mengikut kategori penerima :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH SARA
(RM)
TAMBAHAN
E-KASIH
(RM)
Isi Rumah B401,800+1,200
Isi Rumah M401,200–
Warga Emas600+1,200
Bujang600+600
*Nota : Tambahan tersebut hanya untuk penerima yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih sahaja.

Selain itu, semua penerima sedia ada dan seluruh rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima bayaran SARA One-off sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH SARA
ONE-OFF
(RM)
Semua Isi Rumah200
Semua Warga Emas200
Semua Bujang200

KRITERIA PENERIMA SARA 2027

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diberikan khas kepada yang menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027;
  • Tersenarai dalam rekod data e-Kasih (penerima miskin tegar).

JADUAL BAYARAN SARA 2027

Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2027 akan dilaksanakan mengikut jadual seperti berikut :

  • Bayaran SARA Bulanan 2027 :
BIL.TARIKH BAYARAN
1.Januari 2027
2.Februari 2027
3.Mac 2027
4.April 2027
5.Mei 2027
6.Jun 2027
7.Julai 2027
8.Ogos 2027
9.September 2027
10.Oktober 2027
11.November 2027
12.Disember 2027
  • Bayaran SARA One-Off 2027 :
BIL.TARIKH BAYARAN
1.Februari 2027
2.Ogos 2027

*Tarikh bayaran SARA Bulanan dan One-off di atas akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

CARA DAFTAR SARA 2027

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hanya perlu mendaftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja dan tidak perlu mendaftar untuk penerimaan bayaran SARA One-Off kerana ianya disalurkan secara automatik kepada yang layak.

Ikuti cara daftar permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

SALURAN RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Belanjawan 2027 dan portal rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment