CARA PERMOHONAN BARU STR 2027

CARA PERMOHONAN BARU STR 2027

Kini permohonan baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk penerimaan bayaran Fasa 1 2027 telah dibuka bermula 1 Oktober 2026 (mohon secara manual) dan bermula 15 Oktober 2026 (mohon secara online).

Bagaimanakah cara permohonan baru STR 2027? Dalam artikel ini, kami sediakan panduan permohonan yang lengkap.

BACA JUGA : DAFTAR SARA 2027 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN STR

Sebelum kemukakan permohonan STR, ketahui syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang seperti berikut :

  • Isi Rumah :
    • Warganegara Malaysia;
    • Tiada had umur;
    • Status Perkahwinan :
      • Telah berkahwin sama ada mempunyai anak atau tiada anak masih tanggungan;
      • Balu atau bercerai dan mempunyai anak masih tanggungan.
    • Pendapatan :
      • B40 – Bawah RM2,500 sebulan;
      • M40 – RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
  • Warga Emas :
    • Warganegara Malaysia;
    • Umur 60 tahun dan ke atas;
    • Status Perkahwinan :
      • Bujang;
      • Balu atau bercerai serta tidak mempunyai anak yang masih tanggungan.
    • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • Bujang :
    • Warganegara Malaysia;
    • Had Umur :
      • 21 hingga 59 tahun;
      • 19 tahun dan ke atas (OKU).
    • Status Perkahwinan :
      • Bujang (belum berkahwin);
      • Balu atau bercerai yang tiada anak atau anak bukan tanggungan.
    • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan.
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

PLATFORM PERMOHONAN BARU STR

Untuk memudahkan pemohon membuat permohonan STR, Kerajaan menyediakan dua (2) platform permohonan seperti berikut :

  • 📝 Permohonan secara manual melalui borang permohonan yang boleh diambil di kaunter pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM); atau
  • 💻 Permohonan secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi MySTR.

CARA PERMOHONAN BARU STR 2027

Berikut merupakan panduan lengkap cara permohonan STR di Portal Rasmi MySTR :

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. ⁠Pada laman utama MySTR – Klik butang [Permohonan Baharu].
  3. ⁠Sila klik butang [Ya, Teruskan] untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang [Semak].
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda. [Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat].
  7. Lengkapkan maklumat permohonan seperti :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon.
    • Pilihan Pekerjaan.
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah memilih status perkahwinan.
    • Status Perkahwinan Anda : Kahwin / Cerai / Kematian Pasangan / Bujang.
      • (Sekiranya status perkahwinan adalah Kahwin atau Cerai atau Kematian Pasangan, anda perlu isi tarikh)⁠
    • Alamat Surat Menyurat pemohon.
    • Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
    • Masukkan Nombor Akaun Bank.
    • Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  8. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  9. ⁠Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  10. Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap. (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. ⁠Muat naik dokumen Sokongan.
  12. ⁠Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak. (saiz dokumen hendaklah kurang dari 3MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  13. ⁠Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  14. ⁠Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  15. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  16. Klik pada butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  17. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  18. ⁠Selesai.

*Nota Penting : Jika terdapat masalah teknikal permohonan secara online melalui Portal Rasmi MySTR, anda boleh terus ke pejabat LHNDM yang terdekat untuk dapatkan borang permohonan secara manual.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BARU STR

Sediakan dokumen berikut untuk memudahkan urusan permohonan :

  • Salinan MyKad pemohon yang jelas dan sah.
  • Salinan MyKad atau MyPR pasangan, jika berkenaan.
  • Maklumat akaun bank pemohon, jika berkaitan dengan kaedah pembayaran.
  • Dokumen pengesahan pendapatan, jika diminta atau diperlukan.
  • Jika mempunyai tanggungan :
    • Anak kandung : Salinan MyKad, MyKid atau sijil kelahiran anak.
    • Anak angkat : Salinan MyKad atau MyKid anak serta sijil pendaftaran anak angkat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    • Anak yang masih belajar : Surat pengesahan belajar daripada institusi pendidikan, jika diperlukan untuk pengesahan status anak.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment