SEMAK BANTUAN SARA 2027 : JUMLAH & JADUAL BAYARAN

SEMAK BANTUAN SARA 2027 : JUMLAH & JADUAL BAYARAN

Melihat kepada penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang sangat baik oleh 8.1 juta penerima pada tahun 2026, Kerajaan telah menambah baik sistem dan menaikkan jumlah peruntukan untuk tahun 2027 sehingga RM16 billion untuk manfaat lebih 9 juta penerima.

Bagaimanakah semak jumlah dan jadual bayaran Bantuan SARA 2027? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH KREDIT BANTUAN SARA : SEMAK BAKI ONLINE

JUMLAH BANTUAN SARA 2027

Selain bayaran Bantuan SARA setiap bulan, Kerajaan juga akan menyalurkan bayaran Bantuan SARA one-off yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi setiap penerima seperti berikut :

  • Bayaran Bantuan SARA Bulanan :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH SARA 2027
(RM)
PENERIMA E-KASIH
(RM)
👰🤵 Isi Rumah
(B40)
1,800 setahun
(150 /bulan)
+1,200 setahun
👰🤵 Isi Rumah
(M40)
1,200 setahun
(100 /bulan)
–
🧑‍🦳 Warga Emas600 setahun
(50 /bulan)
+1,200 setahun
🧑‍🦱 Bujang600 setahun
(50 /bulan)
+600 setahun
*Penerima yang berdaftar dengan e-Kasih akan terima bayaran tambahan bernilai RM600 dan RM1,200 menjadikan jumlah keseluruhan tertinggi RM3,000 setahun.
  • Bayaran Bantuan SARA One-Off :
KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH SARA
ONE-OFF
(RM)
👰🤵 Semua Isi Rumah200 (dua kali bayar)
🧑‍🦳 Semua Warga Emas200 (dua kali bayar)
🧑‍🦱 Semua Bujang200 (dua kali bayar)

CARA BAYARAN BANTUAN SARA 2027

Bayaran Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk setiap bulan dan one-off hanya satu (1) cara yang disediakan, iaitu melalui :

KATEGORI
PENERIMA
CARA BAYARAN BANTUAN SARA
Semua KategoriBayaran secara tanpa tunai (cashless)
dikreditkan terus ke dalam
Kad Pengenalan (MyKad) penerima
khas untuk pembelian barang
keperluan asas termasuk
barang dapur basah dan segar.
*Bantuan SARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan (MyKad) tidak boleh dikeluarkan secara tunai di kaunter bank. Ianya hanya sah digunakan untuk beli barang keperluan di kedai runcit, pasar raya dan pasar tani terpilih sahaja.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SARA 2027

Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2027 akan dilaksanakan secara ansur setiap bulan dan one-off dua (2) kali bayaran mengikut jadual seperti berikut :

JENIS
PELAKSANAAN
TARIKH BAYARAN
2027
Bayaran BulananJanuari 2027
Februari 2027
Mac 2027
April 2027
Mei 2027
Jun 2027
Julai 2027
Ogos 2027
September 2027
Oktober 2027
November 2027
Disember 2027
Bayaran One-OffFebruari 2027
Ogos 2027

SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2027

Selain jumlah Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dinaikan, barang-barang yang boleh dibeli juga ditambah dengan menggunakan Kad Pengenalan (MyKad) :

  • Bahan masakan asas :
    • Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya.
  • Makanan Sejuk beku :
    • Burger, nuget, bebola daging, roti canai dan sebagainya
  • Barang makanan ringan :
    • Roti, biskut, bijirin, mie dan sebagainya.
  • Minuman :
    • Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya.
  • Produk penjagaan diri :
    • Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya.
  • Keperluan asas bayi :
    • Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang keperluan sekolah :
    • Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya.
  • Produk kebersihan rumah :
    • Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya.
  • Barang basah & segar (Baharu) :
    • Ayam, ikan, sotong, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya.

SEMAK BANTUAN SARA 2027

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA (SARA) untuk tahun 2027 masih belum dinyatakan. Namun, ianya boleh disemak melalui laman web rasmi seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/ms/.
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Isikan ruangan yang disediakan dengan No. Kad Pengenalan.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan terkini akan dipaparkan.
  7. Selesai.

SALURAN RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Belanjawan 2027 dan Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Leave a Comment