SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2027 : BELANJAWAN 2027

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2027 : BELANJAWAN 2027

Pelbagai bentuk bantuan yang telah diperuntukan oleh Kerajaan bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat terutamanya yang memerlukan. Kerajaan juga telah meningkatkan kadar peruntukan lebih dari tahun sebelum ini.

Bagaimanakah semak senarai bantuan kerajaan 2027? Rujuk penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH BAYARAN STR & SARA 2027 : KADAR MENGIKUT KATEGORI

PENGUMUMAN BANTUAN KERAJAAN 2027

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan MADANI 2027 pada 9 Oktober 2026 di Dewan Rakyat.

Menerusi pembentangan tersebut, kerajaan mengumumkan pelbagai bantuan kewangan, insentif dan kemudahan untuk membantu rakyat menghadapi kos sara hidup, termasuk golongan B40, M40, warga emas, pelajar, penjawat awam dan pesara kerajaan.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN 2027

Berikut merupakan bantuan-bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tahun 2027 :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027
    • Bantun STR diteruskan sebagai salah satu inisiatif untuk membantu menghadapi peningkatan kos sara hidup.
      • Sasaran penerima: Golongan B40 dan M40.
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2027
    • Bantuan SARA diteruskan untuk membantu penerima memenuhi keperluan asas harian melalui pembelian barangan yang dibenarkan. Pembelian SARA turut diperluas untuk pembelian barangan basah dan segar di 216 pasar tani atau tamu di bawah FAMA.
      • Sasaran penerima bulanan : 9 juta penerima STR.
      • Sasaran penerima one-off : 22 juta rakyat Malaysia dengan bayaran RM100 dua (2) kali sehingga RM200.
PERKARAKETERANGAN MAKLUMAT
Nama BantuanBantuan SARA Untuk Semua
(One-Off)
Jumlah BantuanRM100 + RM100
(RM200 dua kali bayar)
Sasaran Penerima22 juta rakyat Malaysia
B40 dan M40
(berumur 18 tahun dan
ke atas)
Tarikh PenyaluranSebelum Aidilfitri
dan
Menjelang sambutan
70 tahun kemerdekaan
  • Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam 2027
    • Bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dirancang dalam dua kali pemberian, iaitu sebelum Aidilfitri dan sempena ambang sambutan 70 tahun kemerdekaan.
      • Sasaran penerima : Gred Utama B dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak RM1,500 dan Pesara kerajaan dan veteran berpencen atau tidak berpencen RM750
  • Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2027
    • Ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah turut menerima manfaat melalui peningkatan Bantuan Awal Persekolahan bertujuan meringankan perbelanjaan keluarga bagi persediaan sesi persekolahan 2027
      • Sasaran penerima : RM200 bagi setiap murid.
        • Sebagai contoh, keluarga yang mempunyai empat orang anak yang layak akan menerima bantuan berjumlah RM800.

ELAUN BANTUAN KERAJAAN 2027

Terdapat juga elaun bantuan kerajaan yang disediakan untuk tahun 2027, termasuk :

  • Elaun Murid Berkeperluan Pendidikan Khas
    • Kerajaan turut mengumumkan peningkatan elaun untuk murid berkeperluan pendidikan khas, termasuk kanak-kanak autistik bertujuan membantu keluarga menampung sebahagian keperluan murid pendidikan khas.
      • Kadar bantuan: RM200 sebulan.
  • Elaun Sara Hidup Pelajar Tingkatan Enam
    • Pelajar Tingkatan Enam turut menerima manfaat menerusi pengumuman elaun sara hidup dalam Belanjawan 2027.
      • Jumlah elaun: RM2,500.
        • Anggaran penerima : 90,000 pelajar.
  • Insentif e-Dompet Budi Belia RM100
    • Belia yang aktif menyertai kegiatan kesukarelawanan juga berpeluang menerima insentif melalui Program Budi Belia.
      • Jumlah insentif : RM100 dalam bentuk e-dompet.
        • Sasaran: Belia yang memenuhi syarat penyertaan.

LAIN-LAIN BANTUAN KERAJAAN 2027

Bantuan dan Kemudahan Kewangan Tambahan 2027

Selain bantuan tunai dan elaun, terdapat beberapa inisiatif lain yang boleh membantu mengurangkan beban kewangan rakyat :

  1. Penangguhan bayaran balik PTPTN Peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan diberi penangguhan bayaran balik pada 2027.
  2. Diskaun bayaran balik PTPTN Diskaun 10% bagi peminjam yang membayar secara teratur dan tidak mempunyai tunggakan.
  3. Bayaran balik minimum PTPTN Peminjam berpendapatan RM2,500 hingga RM3,000 sebulan dikenakan bayaran minimum RM50.
  4. Pelepasan cukai individu Had pelepasan asas dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
  5. Pengurangan cukai pendapatan
  6. Kadar cukai bagi julat pendapatan bercukai tertentu dikurangkan. Perlu dibezakan bahawa penangguhan PTPTN, diskaun dan pelepasan cukai bukanlah bantuan tunai terus yang dibayar kepada semua rakyat. Kelayakan tertakluk pada syarat setiap inisiatif.

SALURAN RASMI

Saluran rujukan rasmi dalam artikel ini adalah berdasarkan intipati Belanjawan 2027 : https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2027/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf&ved=2ahUKEwjEubL18q6XAxXczjgGHbKnNz4QFnoECBwQAQ&sqi=2&usg=AOvVaw1OhHjNPTbfBOJsDZE0fZlI.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat terkini berkaitan Bantuan Kewangan Kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri untuk tahun 2027. Tujuan penulisan artikel ini adalah untuk memudahkan carian pembaca.

Pihak kami tidak pernah meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang telah dikongsikan dalam artikel ini.

Leave a Comment