JUMLAH BAYARAN STR & SARA 2027 : KADAR MENGIKUT KATEGORI

JUMLAH BAYARAN STR & SARA 2027 : KADAR MENGIKUT KATEGORI

Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Kewangan telahpun membentangkan Belanjawan 2027 dan telah menyatakan peruntukan untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinaikkan daripada RM15 billion (2026) kepada RM16 billion (2027).

Kenaikkan kadar peruntukan ini adalah untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup bagi setiap rakyat yang benar-benar memerlukan khususnya golongan berpendapatan rendah dan pendapatan sederhana.

Berapakah jumlah bayaran STR & SARA 2027? Dalam artikel ini, kami senaraikan kadar bayaran mengikut ringkasan Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan.

BACA JUGA : INTIPATI BELANJAWAN 2027 : SENARAI BANTUAN YANG DIUMUMKAN

JUMLAH BAYARAN STR & SARA 2027

Berdasarkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, berikut merupakan jumlah peruntukan yang akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR 2027
Isi Rumah B40
(Pendapatan
Bawah RM2,500)
Belum diperincikan
mengikut bilangan
tanggungan penerima
Isi Rumah M40
(Pendapatan
RM2,501 – RM5,000)
Belum diperincikan
mengikut bilangan
tanggungan penerima
Warga Emas
Tiada Pasangan
Belum diperincikan
Bujang
(21 – 59 tahun)
Belum diperincikan
*Nota : Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2027 akan ditetapkan dan diperincikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
JUMLAH BAYARAN
BULANAN
JUMLAH BAYARAN
SEKALIGUS
Isi Rumah yang merupakan
penerima STR
akan terima bayaran SARA
RM150 sebulan sehingga
RM1,800 setahun
(berbanding bayaran tahun 2026
RM100 sebulan sehingga
RM1,200 sahaja setahun)
RM100 akan dibayar dua (2) kali
menjadikan bayaran sekaligus
(one-off) sehingga RM200 setahun
untuk semua rakyat Malaysia
berumur 18 tahun dan ke atas
(berbanding bayaran tahun 2026
RM100 hanya sekali bayar
sahaja)
*Nota : Jika, bayaran bulan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk penerima isi rumah STR asas dinaikkan, pastinya jumlah bayaran untuk penerima miskin tegar juga akan dinaikkan. Jumlah bayaran secara bulanan untuk semua kategori akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan akan diumumkan dari semasa ke semasa.

PERBEZAAN JUMLAH BAYARAN STR & SARA (2026 / 2027)

Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi untuk tahun 2027 dengan pertambahan kadar peruntukan sebanyak RM1 billion. Berikut merupakan perbezaan jumlah peruntukan dari tahun 2026 dengan tahun 2027 :

PERKARASTR & SARA 2026STR & SARA 2027
PeruntukanRM15 billionRM16 billion
Bayaran
Bulanan SARA
(penerima STR
asas)
RM100 sebulan
hingga
RM1,200 setahun
RM150 sebulan
hingga
RM1,800 setahun
Bayaran
SARA One-Off
RM100 sekali bayarRM100 dua kali bayar
= RM200 setahun
Pembelian SARAHanya 15 kategori
barangan terpilih
Diperluaskan kepada
barang basah dan
segar
Kaedah bayaran
STR & SARA
STR dibayar secara tunai
selama 4 fasa
dan
SARA dibayar secara
tanpa tunai bulanan
melalui MyKad
STR dibayar secara tunai
selama 4 fasa
dan
SARA dibayar secara
tanpa tunai bulanan
melalui MyKad
Bilangan Penerima
STR & SARA
Disasarkan kepada
9 juta rakyat yang layak
dan
SARA untuk semua
16 juta rakyat Malaysia
Disasarkan kepada
9 juta rakyat yang layak
dan
SARA untuk semua
16 juta rakyat Malaysia

PERMOHONAN STR & SARA 2027

Secara lazimnya, jika individu yang berkelayakan mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan secara automatik layak menerima kedua-dua bantuan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tanpa perlu kemukakan permohonan berasingan.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang berkelayakan disarankan untuk mengemukakan permohonan bermula pada tarikh seperti berikut :

KAEDAH PERMOHONANTARIKH MULA MOHON
Permohonan secara manual
di Pejabat Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDNM)
Bermula 1 Oktober 2026 (Khamis)
Permohonan secara atas talian
(online) melalui portal rasmi
STR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis)
*Catatan Penting : Penerima sedia ada yang telah menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status dan membuat pengemaskinian maklumat penting (jika terdapat perubahan).

RUJUKAN RASMI

Segala maklumat dalam artikel ini dirujuk berdasarkan sumber sahih dan rasmi di https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2027/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf&ved=2ahUKEwjEubL18q6XAxXczjgGHbKnNz4QFnoECBwQAQ&sqi=2&usg=AOvVaw1OhHjNPTbfBOJsDZE0fZlI.

Untuk maklumat lebih lanjut, pemohon dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal rasmi STR dan SARA.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri bagi tahun 2027 untuk memudahkan carian umum.

Namun, pihak kami sama sekali tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk segala maklumat yang telah dikongsikan dalam artikel ini.

Leave a Comment