CARA DAFTAR STR 2027 : REGISTER STR ONLINE

CARA DAFTAR STR 2027 : REGISTER STR ONLINE

Secara lazimnya, Kerajaan Malaysia akan memperuntukan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada seramai 9 juta rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan. Oleh itu, pendaftaran permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sentiasa dibuka untuk memberi peluang kepada mereka yang layak dan mengelakkan berlaku keciciran penerima.

Bagaimanakah cara daftar STR 2027? Kami sediakan artikel ini khas untuk rujukan panduan cara daftar, cara semak status dan sebagainya.

BACA JUGA : BAYARAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA MOHON (PANDUAN LENGKAP)

SYARAT DAFTAR STR 2027

Sebelum mendaftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemohon perlulah mengetahui adakah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak. Semak syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • 🤵👰 Syarat Kelayakan Isi Rumah :
SYARATKETETAPAN KELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada Had Umur
Status PerkahwinanBerkahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu / Bercerai
(ada anak masih tanggungan)
Kadar PendapatanB40 : Bawah RM2,500 sebulan
M40 : RM2,501 – RM5,000
  • 🧑‍🦳 Syarat Kelayakan Warga Emas :
SYARATKETETAPAN KELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur60 tahun dan ke atas
Status PerkahwinanBujang / Balu / Bercerai
(tiada anak masih tanggungan)
Kadar PendapatanTidak lebih RM5,000 sebulan
  • 🧑‍🦱 Syarat Kelayakan Bujang :
SYARATKETETAPAN KELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurNormal : 21 hingga 59 tahun
OKU : 19 tahun dan ke atas
Status PerkahwinanBujang / Balu / Bercerai
(tiada anak masih tanggungan)
Kadar PendapatanTidak lebih RM2,500 sebulan

*Nota : Syarat-syarat di atas adalah yang tahun 2026 dan ianya akan dikemaskini semula dari semasa ke semasa mengikut pengumuman oleh Kerajaan.

PLATFORM DAFTAR STR 2027

Untuk memudahkan semua lapisan pemohon untuk mendaftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) platform pendaftaran dengan proses yang cukup mudah seperti berikut :

PLATFORM PENDAFTARANKETERANGAN PROSES
Pejabat LHDNMPemohon yang tidak dapat akses
ke Portal Rasmi STR atau
mengalami masalah teknikal
perlu hadir ke pejabat LHDN
(Lembaga Hasil Dalam Negeri)
yang terdekat dan dapatkan
borang permohonan di kaunter
Portal Rasmi STRPemohon yang dapat akses ke
Portal Rasmi STR tanpa sebarang
masalah teknikal, boleh terus
daftar permohonan secara online

CARA DAFTAR STR 2027

Bagi pemohon yang ingin mendaftar permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan mudah tanpa perlu hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ikuti cara daftar STR secara online seperti berikut :

  1. Layari laman Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama STR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
  3. Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
  4. Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
  5. Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
  6. Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
    • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  7. Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
  8. Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
  9. Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
  10. “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
  11. Selesai.

CARA SEMAK STATUS STR 2027

Setelah mendaftar permohonan, pemohon tidak perlu hadir ke Pejabat LHDN untuk menyemak status keputusan. Kerana semakan status boleh dilakukan dengan mudah melalui portal rasmi STR tanpa gangguan teknikal. Ikuti cara semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status keputusan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

SALURAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

📞 Talian STR HASiL : 1800 88 2747
☎️ Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
💻 E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment