CARA MOHON STR 2027 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN STR ONLINE
Rakyat Malaysia terutamanya yang berpendapatan taraf rendah serta pendapatan sederhana, berpeluang untuk menerima inisiatif bantuan kewangan oleh Kerajaan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Jika berkelayakan, pemohon boleh kemukakan permohonan bagi penerimaan tahun 2027.
Bagaimanakah cara mohon STR 2027? Dalam artikel ini, kami sediakan syarat kelayakan, panduan lengkap cara mohon dan cara semakan status permohonan online.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN STR FASA 4 2026
SYARAT KELAYAKAN MOHON STR 2027
Sebelum kemukakan sebarang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemohon perlu pastikan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut :
| KELAYAKAN | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had | 60 tahun & ke atas | 21 – 59 tahun (OKU 19 tahun ke atas) |
| Status Kahwin | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau RM2,501 hingga RM5,000 (M40) | Tidak lebih RM5,000 sebulan | Tidak lebih RM2,500 sebulan |
| Tanggungan | Ada atau Tiada (0 atau lebih 5 orang) | Tiada | Tiada |
CARA MOHON STR 2027 ONLINE
Berikut disediakan panduan lengkap bagi memudahkan pemohon untuk mengemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2027 :
- Panduan Cara Mohon STR Secara Online di Portal Rasmi MySTR :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran sebelum tarikh akhir permohonan setiap fasa bagi tujuan pemprosesan permohonan.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MOHON STR 2027 MANUAL
*Sekiranya portal MySTR mengalami masalah teknikal atau sedang diselenggara, pemohon boleh kemukakan permohonan secara terus ke Pejabat LHDN seperti berikut :
- Panduan Cara Mohon STR Secara Manual di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) :
- Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terdekat.
- Dapatkan borang permohonan STR secara terus di kaunter.
- Isikan maklumat-maklumat pemohon yang diperlukan.
- Masukkan maklumat pasangan (jika berkenaan) dan sertakan sekali dokumen sokongan seperti :
- Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin : dokumen sijil perkahwinan asal dan salinan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Cerai : sijil cerai asal dan salinan.
- Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan : sijil kematian asal dan salinan.
- Sertakan sekali dokumen sokongan bagi pemohon yang mempunyai tanggungan (anak).
- Setelah selesai mengisi borang permohonan secara manual, hantar borang tersebut bersama dokumen sokongan berkaitan kepada pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terdekat.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN STR 2027
Apabila permohonan telah dikemukakan, pemohon boleh ketahui status kelayakan dengan membuat semakan status secara terus di portal rasmi MySTR mengikut panduan seperti berikut :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada portal tersebut, terus ke bahagian [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan mengikut nama pemohon.
- Jika betul, terus klik pada butang [Ya].
- Masukkan kata laluan yang telah anda sahkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Pada papan pemuka, terus pilih menu [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT CARA MOHON STR 2027
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Cara Mohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.