TARIKH MASUK STR FASA 4 2026

TARIKH MASUK STR FASA 4 2026

Terkini! untuk makluman anda, Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal memasuki pembayaran Fasa 4, dan akan disalurkan secara berperingkat kepada semua penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan, bermula tarikh bayaran yang ditetapkan.

Berikut disertakan panduan lengkap mengenai, jumlah bayaran mengikut kategori, dan cara membuat semakan kelayakan, dan tarikh masuk STR Fasa 4 2026.

Bilakah tarikh masuk str fasa 4? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK MYKASIH SARA BULAN SEPTEMBER 2026 : CEK BAYARAN MASUK

TARIKH MASUK STR FASA 4 2026

Tarikh pelaksanaan bayaran STR FASA 4 2026, adalah seperti berikut :

FASA PEMBAYARAN STRTARIKH PEMBAYARAN STR
Fasa 4Mengikut jadual pembayaran STR 2026, pembayaran Fasa 4 dijangka akan disalurkan secara berperingkat bermula pada pertengahan November 2026.

Namun begitu, sebarang maklumat terkini rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JUMLAH MASUK BAYARAN STR FASA 4 2026

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2026 mengikut kategori kelayakan penerima adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
STR FASA 4
Isi Rumah
berpendapatan RM2,500 kebawah
Tiada (0) Anak : RM150
Anak 1 hingga 2 : RM300
Anak 3 hingga 4 : RM400
Anak 5 dan Ke atas : RM500
Isi Rumah
berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000
Tiada (0) Anak : RM0
Anak 1 hingga 2 : RM100
Anak 3 hingga 4 : RM150
Anak 5 dan Ke atas : RM250
Warga Emas Tiada Pasangan
berpendapatan RM5,000 ke bawah
RM150
Bujang
berpendapatan RM2,500 ke bawah
Bayaran digantikan Bantuan SARA :
RM50 Setiap Bulan

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 4 2026

Status kelayakan bayaran STR 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari pautan rasmi mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan STR.
  11. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  12. Selesai.

KAEDAH MASUK BAYARAN STR FASA 4 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut :

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

BANTUAN TAMBAHAN STR

Semua penerima STR Fasa 4 (termasuk yang tergolong dalam kategori Miskin dan Miskin Tegar (berdaftar dalam pangkalan data eKasih) akan menerima bantuan elaun barangan asas melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik pada setiap bulan seperti berikut :

  • Bantuan SARA disalurkan secara bulanan menerusi MyKad penerima.
  • Maklumat lanjut dan semakan elaun barangan MyKasih boleh dirujuk menerusi portal rasmi SARA di https://sara.gov.my

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4 2026

Bagaimanakah jika status pembayaran memaparkan ‘Gagal Kredit’?

Jika status menunjukkan ‘Gagal Kredit’ (disebabkan akaun bank tidak aktif atau nombor akaun tidak sah), penerima perlu hadir ke cawangan BSN berdekatan bersama MyKad asal untuk membuat tuntutan secara tunai.

Adakah penerima baru boleh memohon untuk Fasa 4?

Boleh. Permohonan STR dibuka sepanjang tahun. Namun, kelulusan permohonan untuk setiap fasa adalah tertakluk kepada tarikh cut-off kelulusan fasa semasa yang ditetapkan.

Adakah penerima STR Fasa 4 juga bakal menerima elaun barangan keperluan asas SARA?

Ya. Anda akan menerima bermula kelulusan permohonan STR.

INFO LANJUT

ebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment