E BANTUAN JKM 2026 – PANDUAN LENGKAP CARA MOHON
Pelbagai jenis perkhidmatan bantuan kewangan Persekutuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan berkeperluan termasuk bantuan kanak-kanak, warga emas bagi memastikan mereka dapat menjalani kehiudpan yang lebih baik.
Bagaimanakah cara mohon e bantuan jkm 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAK BANTUAN JKM 2026 – PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
PORTAL RASMI PERMOHONAN BANTUAN JKM
Laman rasmi untuk permohonan Bantuan JKM 2026 adalah seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| eBantuan JKM | https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/ |
SENARAI BANTUAN BULANAN JKM 2026
Bantuan bulanan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah seperti berikut :
- Bantuan Kanak-kanak (BKK);
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU);
- Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB);
- Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT);
- Bantuan Warga Emas (BWE);
- Bantuan Am Persekutuan (BA);
- Bantuan Anak Pelihara (BAP);
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
JUMLAH BANTUAN BULANAN JKM 2026
Amaun Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut jenis dan keperluan penerima adalah seperti berikut :
| JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Kanak-kanak (BKK) | RM200 (6 tahun ke bawah); RM250 (7 – 18 tahun); RM1,000 sekeluarga |
| Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 sebulan |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM300 sebulan |
| Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) | RM500 sebulan |
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 sebulan |
| Bantuan Am Persekutuan (BA) | RM150 sebulan seorang; ATAU RM500 sebulan sekeluarga |
| Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250 seorang anak; ATAU RM500 untuk lebih seorang anak |
| Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 sebulan |
CARA MOHON E BANTUAN JKM ONLINE
Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2026 boleh dibuat secara dalam talian seperti berikut :
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
- Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
- Senarai [Dokumen Sokongan Permohonan] yang diperlukan akan dipaparkan untuk pemohon sediakan.
- Kemudian Klik [Daftar Permohonan].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkat di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
- Cetak permohonan untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN JKM
Berikut merupakan beberapa dokumen diperlukan untuk permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2026 :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan);
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Belakang);
- Salinan Kad Pengenalan/ Mykid/ Sijil Kelahiran Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama Sahaja;
- Salinan Kad Oku/ Slip Pendaftaran Sementara (Bagi Pemohon Oku);
- Salinan Sijil Kematian/ Perceraian (Jika Berkaitan);
- Penyata Pendapatan Atau Surat Pengesahan Pendapatan Dari Majikan/ Surat Akuan;
- Laporan Dari Agensi Lain Yang Berkaitan (Aadk/ Polis/ Penjara) (Jika Berkaitan);
- Salah Satu Salinan Bil Utiliti Seperti Air/ Elektrik/ Telefon/ Astro, Dll (Bagi Pengesahan Alamat);
- Kertas Cadangan Projek Dan Sebut Harga Barang (Bagi Permohonan Bantuan Geran;
- Pengesahan Rawatan/ Surat Sokongan/ Syor Daripada Doktor/ Pakar Perubatan Dan Sebut Harga;
- Barang (Bagi Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan).
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 8000 8000
- Portal Rasmi JKM : https://www.jkm.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jkm.gov.my/main/submenu/skimbantuankebajikan?menu=Skim%20Bantuan%20Kebajikan