SEMAK BANTUAN JKM 2026 – PERMOHONAN & SEMAKAN KELAYAKAN
Terdapat lapan (8) jenis bantuan bulanan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) untuk membantu golongan yang memerlukan bantuan bagi menjalani kehidupan seharian dengan baik mengikut jenis bantuan yang diperlukan.
Bagaimanakah semak kelayakan dan permohonan ? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN MYKASIH BULANAN : SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN SARA
KATEGORI & SENARAI BANTUAN JKM 2026
Terdapat dua kategori bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan iaitu :
| KATEGORI BANTUAN | SENARAI BANTUAN |
|---|---|
| Bantuan Bulanan | Bantuan Kanak-kanak (BKK); Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU); Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB); Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT); Bantuan Warga Emas (BWE); Bantuan Am Persekutuan (BA); Bantuan Anak Pelihara (BAP); Bantuan Latihan Perantis (BLP) |
| Bantuan ONE-OFF | Geran Pelancaran; Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan; Tabung Bantuan Segera (TBS) |
KADAR KELAYAKAN BANTUAN JKM 2026
Amaun Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut jenis dan keperluan penerima adalah seperti berikut :
- Bantuan Bulanan JKM :
| JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Bantuan Kanak-kanak (BKK) | RM200 (6 tahun ke bawah); RM250 (7 – 18 tahun); RM1,000 sekeluarga |
| Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) | RM450 sebulan |
| Bantuan Orang Kurang Upaya Tidak Berupaya Bekerja (BTB) | RM300 sebulan |
| Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) | RM500 sebulan |
| Bantuan Warga Emas (BWE) | RM600 sebulan |
| Bantuan Am Persekutuan (BA) | RM150 sebulan seorang; ATAU RM500 sebulan sekeluarga |
| Bantuan Anak Pelihara (BAP) | RM250 seorang anak; ATAU RM500 untuk lebih seorang anak |
| Bantuan Latihan Perantis (BLP) | RM200 sebulan |
- Bantuan ONE-OFF JKM :
| JENIS BANTUAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Geran Pelancaran | RM2,700 |
| Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan | Tertakluk keperluan |
| Tabung Bantuan Segera (TBS) | Tidak melebihi RM300 |
PERMOHONAN BANTUAN JKM ONLINE
Permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2026 boleh dibuat secara dalam talian seperti berikut :
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
- Klik Butang [Daftar Permohonan Atas Talian].
- Senarai [Dokumen Sokongan Permohonan] yang diperlukan akan dipaparkan untuk pemohon sediakan.
- Kemudian Klik [Daftar Permohonan].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkat di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Daftar].
- Cetak permohonan untuk tujuan rujukan.
- Selesai.
DOKUMEN PERMOHONAN BANTUAN JKM
Berikut merupakan beberapa dokumen diperlukan untuk permohonan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2026 :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Depan);
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Belakang);
- Salinan Kad Pengenalan/ Mykid/ Sijil Kelahiran Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama Sahaja;
- Salinan Kad Oku/ Slip Pendaftaran Sementara (Bagi Pemohon Oku);
- Salinan Sijil Kematian/ Perceraian (Jika Berkaitan);
- Penyata Pendapatan Atau Surat Pengesahan Pendapatan Dari Majikan/ Surat Akuan;
- Laporan Dari Agensi Lain Yang Berkaitan (Aadk/ Polis/ Penjara) (Jika Berkaitan);
- Salah Satu Salinan Bil Utiliti Seperti Air/ Elektrik/ Telefon/ Astro, Dll (Bagi Pengesahan Alamat);
- Kertas Cadangan Projek Dan Sebut Harga Barang (Bagi Permohonan Bantuan Geran;
- Pengesahan Rawatan/ Surat Sokongan/ Syor Daripada Doktor/ Pakar Perubatan Dan Sebut Harga;
- Barang (Bagi Permohonan Bantuan Alat Tiruan/Sokongan).
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN JKM
Status Kelayakan Bantuan JKM 2026 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Layari portal rasmi eBantuanJKM : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
- Halaman utama Portal eBantuanJKM akan dipaparkan.
- Klik Butang [Semak Status Permohonan Talian].
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] tanpa (-) di ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, Klik Butang [Semak].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Pemohon;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Status Bantuan / Permohonan : Sama Ada Berjaya atau Tidak
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 8000 8000
- Portal Rasmi JKM : https://www.jkm.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jkm.gov.my/main/submenu/skimbantuankebajikan?menu=Skim%20Bantuan%20Kebajikan