JUMLAH KUOTA BUDI95 – SEMAK KELAYAKAN & BAKI TERKINI

JUMLAH KUOTA BUDI95 – SEMAK KELAYAKAN & BAKI TERKINI

Rakyat Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah dan masih aktif akan secara automatik layak mendapatkan minyak petrol RON95 dengan harga subsidi BUDI MADANI RM1.99 seliter berbanding harga semasa kini RM3.72 seliter.

Bagaimanakah semak kelayakan dan jumlah baki kuota BUDI95? Rujuk panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : KELAYAKAN BANTUAN LESEN PERCUMA – SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH KUOTA BUDI95

Setakat ini, Kerajaan masih mengekalkan kuota BUDI95 dengan jumlah yang sama untuk semua penerima, iaitu sebanyak :

JUMLAH HARGA BUDI95JUMLAH KUOTA BUDI95
RM1.99 seliter200 liter sebulan

KELAYAKAN PENERIMA BUDI95

Bagaimanapun, hanya individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah sahaja layak mendapat minyak petrol dengan harga subsidi RM1.99 seliter :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur16 tahun dan ke atas
Kadar
Pendapatan
Tiada had pendapatan
(B40, M40 dan T20)
Pemilikan LesenMempunyai Lesen Memandu Malaysia
(LMM) yang sah dan masih aktif

SEMAK KELAYAKAN & BAKI KUOTA BUDI95

Ikuti panduan lengkap cara semak kelayakan dan baki kuota BUDI95 seperti di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
BUDI MADANI RON95https://www.budi95.gov.my/landing
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 di atas.
  2. Portal Rasmi BUDI MADANI RON95 akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan Individu].
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan anda.
    • *tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900230112345.
  5. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  6. Status kelayakan dan baki kuota BUDI95 akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA KUOTA BUDI95

Berikut merupakan cara mudah untuk guna subsidi BUDI95 untuk mengisi minyak dengan harga RM1.99 seliter :

  1. Kunjungi mana-mana stesen minyak terpilih berhampiran anda.
  2. Untuk bayaran di kaunter, berikan Kad Pengenalan kepada juruwang.
  3. Untuk bayaran di pam, letakkan Kad Pengenalan pada terminal pembaca kad.
  4. Nyatakan berapa liter yang anda ingin isi.
    • Contoh : 10 liter x RM1.99 = RM19.90.
  5. Bayar secara tunai / guna kad bank.
  6. Resit bayaran akan diberikan bersama Kad Pengenalan.
  7. Isi minyak seperti biasa.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BUDI95. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian BUDI95 : 1300 88 9595
  • Talian Whatsapp BUDI95 : 03 2631 4595
  • E-mel BUDI95 : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.budi95.gov.my/landing.

Leave a Comment