BANTUAN SARA BULANAN – SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN SARA BULANAN – SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Setiap bulan elaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak untuk berbelanja barangan keperluan asas yang diluluskan, dan semakan status kelayakan, jumlah bayaran, dan baki boleh di semak secara online di Portal SARA.

Bagaimanakah semak status kelayakan bantuan sara bulanan? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR FASA 3 2026

JENIS BANTUAN SARA BULANAN

Jenis & Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

JENIS BANTUAN SARA BULANANKELAYAKAN PENERIMA
SARA EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih
SARA BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan;

JADUAL BANTUAN SARA BULANAN

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dilaksanakan seperti berikut :

JADUAL BAYARANTARIKH BAYARANKATEGORI PENERIMA
Januari9 Januari 2026Isi Rumah &
Warga Emas Tanpa Pasangan
16 Januari 2026Bujang
Februari1 Februari 2026Semua
Mac1 Mac 2026Semua
April1 April 2026Semua
Mei1 Mei 2026Semua
Jun1 Jun 2026Semua
Julai1 Julai 2026Semua
Ogos1 Ogos 2026Semua
September1 September 2026Semua
Oktober1 Oktober 2026Semua
November1 November 2026Semua
Disember1 Disember 2026Semua

KADAR KELAYAKAN BANTUAN SARA BULANAN

Amaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tiada PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA BULANAN

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)200.00 (mengikut kelayakan penerima)

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment