MYKASIH SEMAK BARANG BOLEH BELI GUNA IC

MYKASIH SEMAK BARANG BOLEH BELI GUNA IC

Proses MyKasih semak barang kini semakin mudah untuk penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Seramai 8.1 juta penerima yang layak kini boleh mendapatkan lebih 900 jenis barangan asas dan keperluan dapur harian terus di kaunter pembayaran dengan hanya mengimbas MyKad (IC) masing-masing pada setiap bulan.

Untuk memastikan urusan pembelian anda berjalan lancar, panduan lengkap mengenai MyKasih semak barang ini merangkumi senarai kategori barangan diluluskan, kadar elaun bulanan, kedai atau pasar raya yang terlibat, serta tatacara bayaran menggunakan IC.

BACA JUGA : SEMAK SUMBANGAN SARA BULANAN : STATUS KELAYAKAN PENERIMA

MYKASIH SEMAK BARANG BOLEH BELI GUNA IC

Berikut adalah senarai barangan yang boleh dibeli mengunakan bantuan MyKasih yang telah dimasukkan ke dalam IC penerima :

  • ๐Ÿš Beras.
  • ๐Ÿฅฉ Makanan sejuk beku.
  • ๐Ÿฅซ Makanan dalam tin.
  • ๐Ÿง‚ Bahan perasa (Kicap, sos cili, sos tomato, cukup rasa & lain-lain).
  • ๐Ÿœ Mi segera.
  • ๐Ÿž Roti.
  • ๐Ÿฅš Telur.
  • ๐Ÿซ— Minyak masak.
  • ๐ŸŒพ Tepung.
  • โ˜• Minuman (Milo, Teh, Kopi, susu & lain-lain).
  • ๐Ÿช Biskut.
  • ๐Ÿ’Š Ubat-ubat (yang diluluskan oleh KKM).
  • ๐Ÿ“ Alat tulis / barang sekolah.
  • ๐Ÿงด Produk penjagaan diri.
  • ๐Ÿšฝ Produk kebersihan rumah.

PREMIS BOLEH BELI BARANG MYKASIH GUNA IC

Jika anda tidak tahu dimana tempat untuk menebus bantuan MyKasih, berikut adalah senarai premis yang boleh ditebus serta sah dibawah kementerian Kewangan Malaysia :

  • Mydin.
  • Giant.
  • Econsave.
  • The Store.
  • Pacific.
  • 99 Speedmart.
  • Lotus Store.
  • TF Mart.
  • Milimewa.

*Serta kedai runcit dan pasar mini yang ada label ‘MyKasih’ pada premis.

CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA IC

Untuk membeli barang MyKasih mengunakan IC, anda boleh ikuti cara pembelian seperti berikut :

  1. Kunjungi premis terpilih berhampiran anda.
  2. Pilih barang yang anda perlukan (ada label MyKasih).
  3. Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima.
  4. Juruwang akan mengimbas barang yang dipilih.
  5. Transaksi bayaran akan disahkan guna IC.
  6. Resit pembelian akan diberikan bersama IC.
  7. Simpan resit untuk rujukan baki.

TARIKH & TEMPOH BELI BARANG MYKASIH GUNA IC

Semak tarikh serta tempoh belian barangan MyKasih mengunakan IC daripada tarikh mula sehingga tarikh tamat seperti dibawah :

TARIKH KREDITTARIKH TAMAT
9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

KADAR PEMBELIAN BARANG MYKASIH GUNA IC

Pembaharuan kadar bantuan setiap bulan, jadi anda dinasihatkan untuk menyemak secara berkala kadar pembelian barangan MyKasih :

KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA
MISKIN TEGAR
PENERIMA
BUKAN MISKIN
ISI RUMAHRM200
setiap bulan
RM100
setiap bulan
WARGA EMASRM150
setiap bulan
RM50
setiap bulan
BUJANGRM100
setiap bulan
RM50
setiap bulan

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

  1. Boleh ke saya beli barangan lain selain senarai MyKasih?
    • Tidak boleh. Bantuan MyKasih hanya terhad kepada barangan keperluan asas yang diluluskan sahaja. Sekiranya anda mengambil barang luar senarai, anda perlu membayar barang tersebut secara tunai/kad peribadi.
  2. Bagaimana cara nak semak baki bantuan MyKasih dalam IC?
    • Anda boleh MyKasih semak barang dan baki tunai secara dalam talian (online) menerusi Portal Rasmi MyKasih di www.mykasih.com.my atau menyemak pada bahagian bawah resit pembelian terakhir anda.
  3. Adakah baki MyKasih akan hangus jika tidak dihabiskan bulan ini?
    • Tidak. Baki elaun bulanan akan dibawa ke bulan seterusnya (roll-over) sehingga tarikh luput program pada 31 Disember 2026.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.

Leave a Comment