SEMAK STATUS BANTUAN SYUKUR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

SEMAK STATUS BANTUAN SYUKUR – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Bantuan kewangan SYUKUR telah dilaksanakan dan bilangan penerima telah bertambah daripada 100,000 ribu kepada 140,000 ribu penerima yang layak terima bayaran dengan melibatkan peruntukan sehingga RM339.16 juta pada tahun ini.

Bagaimanakah semak status Bantuan SYUKUR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH RM200 – STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU BANTUAN SYUKUR?

Bantuan SYUKUR atau rasminya ‘Program Sentuhan Kasih Rakyat’ yang diperkenalkan untuk membantu rakyat Sabah (asal Sabah dan yang bermastautin di Sabah) untuk menampung kos sara hidup di Sabah.

CARA BAYARAN BANTUAN SYUKUR

Bantuan SYUKUR tidak dibayar sekaligus tetapi dibayar secara ansur berfasa melalui tiga (3) cara seperti berikut :

  1. Bayaran terus ke dalam akaun bank penerima;
  2. Bayaran di kuanter bank atau pusat pemberian yang ditetapkan;
  3. Bayaran kredit ke dalam e-Dompet aplikasi YONO Superapp.

JUMLAH BANTUAN SYUKUR

Semua penerima sama ada ketua isi rumah atau ahli isi rumah akan terima bayaran Bantuan SYUKUR dengan jumlah yang sama iaitu RM2,400 setahun dibahagikan secara berfasa sebanyak berikut :

  • Fasa 1 : RM200 (Jan) + RM200 (Feb) + RM200 (Mac) = RM600.
  • Fasa 2 : RM200 (Apr) + RM200 (Mei) + RM200 (Jun) = RM600.
  • Fasa 3 : RM200 (Jul) + RM200 (Ogs) + RM200 (Sep) = RM600.
  • Fasa 4 : RM200 (Okt) + RM200 (Nov) + RM200 (Dis) = RM600.

JADUAL BAYARAN BANTUAN SYUKUR

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SYUKUR dari Fasa 1 hingga Fasa 4 yang akan diterima oleh semua penerima yang layak :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 111 Mac 2026
Fasa 221 Mei 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4November 2026

SEMAK STATUS BANTUAN SYUKUR

Untuk yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima bayaran Bantuan SYUKUR, ikuti panduan semakan lengkap di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal PADANS di sini :
  2. Portal PADANS akan dipaparkan.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik [Semak].
  4. Klik pada butang [Teruskan].
  5. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • *Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 880301234567.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS.
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment