SENARAI TERBARU BARANG MYKASIH YANG BOLEH BELI GUNA MYKAD
Lebih 900 jenama barang yang disenaraikan mempunyai label MyKasih yang mana penerima boleh membuat pembelian dengan menggunakan MyKad dan tiada had pembelian dikenakan atas satu (1) resit melainkan melebihi baki yang ada.
Apakah barang MyKasih yang boleh beli guna MyKad? Semak senarai terbaru di bawah.
BACA JUGA : STATUS KELAYAKAN STR : PERMOHONAN FASA 3 2026
SENARAI TERBARU BARANG MYKASIH YANG BOLEH BELI GUNA MYKAD
Berikut adalah antara senarai barang MyKasih yang boleh dibeli dengan menggunakan MyKad :
| BIL. | KATEGORI BARANG | JENAMA TERPILIH |
|---|---|---|
| 1. | Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
| 2. | Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya. |
| 3. | Telur | Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya. |
| 4. | Minyak masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya. |
| 5. | Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya. |
| 6. | Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya. |
| 7. | Mi segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya. |
| 8. | Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya. |
| 9. | Bahan perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya. |
| 10. | Makanan dalam tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya. |
| 11. | Makanan sejuk beku | Ramlee dan sebagainya |
| 12. | Ubat-ubatan | Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya. |
| 13. | Produk penjagaan diri | Colgate / Dettol / Kotex / Clear / Sunsilk dan sebagainya. |
| 14. | Produk kebersihan rumah | Top / Daia / Sunlight dan sebagainya. |
| 15. | Barang sekolah | Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya. |
CARA BELI BARANG MYKASIH GUNA MYKAD
Ikuti cara pembelian barang MyKasih dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Semak senarai kedai / pasar raya yang terpilih MyKasih :
- Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda.
- Pilih dan ambil barang keperluan yang anda perlukan.
- Pergi ke kaunter yang ada label ‘Kaunter MyKasih’.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih.
- Transaksi bayaran akan disahkan guna MyKad anda.
- MyKad akan dikembalikan bersama resit pembelian.
TARIKH & TEMPOH TERBARU BELI BARANG MYKASIH GUNA MYKAD
Berikut merupakan tarikh dan tempoh terbaru pembelian barang MyKasih dengan menggunakan MyKad :
| TARIKH MULA KREDIT | TEMPOH PEMBELIAN | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| 09-16/01/2026 (Jumaat) 01/02/2026 (Ahad) 01/03/2026 (Ahad) 01/04/2026 (Rabu) 01/05/2026 (Jumaat) 01/06/2026 (Isnin) 01/07/2026 (Rabu) 01/08/2026 (Sabtu) 01/09/2026 (Selasa) 01/10/2026 (Khamis) 01/11/2026 (Ahad) 01/12/2026 (Selasa) | 12 bulan | 31/12/2026 (Khamis) |
HAD TERBARU BELI BARANG MYKASIH GUNA MYKAD
Walaupun penerima boleh memilih lebih 15 jenis barangan, namun penerima perlu mengetahui had pembelian barang MyKasih mengikut jumlah bantuan yang dikreditkan dalam MyKad seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | HAD BULANAN | HAD SETAHUN |
|---|---|---|
| Bujang Miskin Tegar | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 sebulan | RM1,800 setahun |
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 sebulan | RM2,400 setahun |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 sebulan | RM600 setahun |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 sebulan | RM600 setahun |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 sebulan | RM1,200 setahun |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Rasmi MyKasih : 03-7720 1800
- E-mel Rasmi MyKasih : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.