STATUS KELAYAKAN STR : PERMOHONAN FASA 3 2026
Penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijangka meningkat seiring dengan permohonan baharu dan kemaskini maklumat yang disahkan. Ramai pemohon yang ingin mengetahui status kelayakan STR bagi memastikan nama mereka tergolong dalam senarai penerima fasa seterusnya.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan permohonan STR anda? Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai cara semak status, syarat kelayakan terkini, serta kadar bayaran yang bakal diterima.
BACA JUGA : SEMAK STATUS TUNTUTAN MYSALAM – LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN STR
Permohonan yang disahkan layak adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN ISI RUMAH | KELAYAKAN BUJANG |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur | 21 – 59 tahun atau 60 tahun & ke atas (warga emas) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Bercerai (ada anak) | Belum berkahwin atau Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | B40 : RM2,500 ke bawah atau M40 : RM2,501 – RM5,000 | B40 : RM2,500 ke bawah atau M40 : RM2,501 – RM5,000 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN STR
Ikuti panduan cara semak status kelayakan permohonan STR Fasa 3 seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| STR (Sumbangan Tunai Rahmah) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR di atas.
- Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian ‘Log Masuk’.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak].
- Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika yang dipaparkan betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang betul dan sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Klik pula pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
MEDIUM BAYARAN STR FASA 3 2026
Setelah disahkan layak, penerima akan menerima bayaran Bantuan STR melalui dua (2) medium seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank dan lengkap maklumat akaun bank semasa permohonan STR | Terima bayara STR secara berperingkat melalui sistem bayaran ‘IBG Fund Transfer‘ ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank atau tidak lengkap maklumat akaun bank semasa permohonan STR | Terima bayaran STR secara terus di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026
Bayaran Bantuan STR Fasa 3 disalurkan dengan jumlah yang mengikut kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2026 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM150 hingga RM650 (tertakluk bilangan anak) |
| Isi Rumah M40 | RM100 hingga RM350 (tertakluk bilangan anak) |
| Bujang 21 – 59 tahun | – |
| Bujang Warga Emas | RM150 |
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026
Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 3 pada tarikh :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2026 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Ogos 2026 |
| Penerima Baharu | Ogos 2026 |
SOALAN LAZIM (FAQ)
- Apakah maksud status “Dalam Proses”?
- Status ini bermaksud maklumat atau dokumen permohonan anda sedang dalam semakan dan verifikasi pihak LHDN dan agensi berkaitan.
- Bagaimana jika status kelayakan STR menunjukkan “Tidak Lulus”?
- Sekiranya status anda tidak lulus, anda boleh mengemukakan permohonan Rayuan STR melalui portal rasmi dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Bilakah tarikh semakan status kelayakan STR Fasa 3 dibuka?
- Semakan boleh dilakukan secara berkala melalui Portal Rasmi STR dari semasa ke semasa menjelang pengumuman rasmi tarikh bayaran oleh Kementerian Kewangan (MOF).
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.