SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang memenuhi syarat kelayakan bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan harian yang diluluskan.

Bagaimanakah semakan status bayaran bantuan sara rahmah? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: JADUAL BAYARAN SARA BULANAN DALAM MYKAD 2026

CARA PELAKSANAAN BANTUAN SARA RAHMAH

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dilaksanakan seperti berikut :

Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah (SARA)
Tempoh Bantuan12 Bulan
Kaedah BayaranMyKad (Kad Pengenalan)
Cara GunaElaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad tidak dikeluarkan sebagai wang tunai tetapi boleh digunakan untuk perbelanjaan barangan keperluan asas yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA RAHMAH

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :

  • Kadar Bulanan :
KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM100 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
BujangRM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
RM50 Setiap Bulan
(Januari sehingga Disember)
  • Kadar Kelayakan Setahun (TOTAL) :
KATEGORI PENERIMAPENERIMA BERSTATUS EKASIHPENERIMA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM2,400 SetahunRM1,200 Setahun
Warga Emas Tanpa PasanganRM1,800 SetahunRM600 Setahun
BujangRM1,200 SetahunRM600 Setahun

SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA RAHMAH

Status kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak secara online seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Kemudian tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00 (mengikut kelayakan penerima)

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment