SEMAKAN BAYARAN SARA RAHMAH 2026
Pembayaran Bantuan Sara Rahmah dilaksanakan selama 12 bulan bermula pada bulan Januari sehingga Disember untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang memerlukan seperti B40 dan M40.
Bagaimanakah semakan bayaran Sara Rahmah? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BAKI KUOTA BUDI95 – SEMAK STATUS KELAYAKAN
KELAYAKAN PENERIMA SARA RAHMAH 2026
Penerima-penerima yang disahkan layak menerima Bantuan Sara Rahmah adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia;
- Had Umur :
- Isi Rumah : 18 tahun dan ke atas;
- Bujang : 21 hingga 59 tahun;
- Warga Emas : 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan :
- B40 : RM2,500 dan ke bawah (Miskin Tegar tersenarai dalam data e-Kasih);
- M40 : RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
MEDIUM BAYARAN SARA RAHMAH 2026
Supaya Bantuan Sara Rahmah dapat diterima dan digunakan oleh penerima yang layak dengan mudah, Kerajaan menyalurkan bayaran melalui satu (1) medium sahaja, iaitu melalui :
✅ KAD PENGENALAN (MyKad).
*Dengan menggunakan Kad Pengenalan sahaja, penerima boleh buat bayaran barang dapur dan keperluan asas harian tanpa perlu buat pengeluaran tunai.
JUMLAH BAYARAN SARA RAHMAH 2026
Namun, pastinya jumlah bayaran Bantuan Sara Rahmah disalurkan dengan saksama yang mengikut kelayakan dan kategori penerima supaya setiap penerima mendapat bayaran selayaknya.
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Sara Rahmah mengikut kelayakan dan kategori penerima :
| KELAYAKAN PENERIMA | ISI RUMAH | BUJANG | WARGA EMAS |
|---|---|---|---|
| Penerima B40 | RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 setahun | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun | RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 setahun |
| Penerima M40 | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN SARA RAHMAH 2026
Berikut merupakan tarikh-tarikh bayaran Bantuan Sara Rahmah untuk sepanjang tahun 2026 dari Januari hingga Disember :
- 9 & 16 Januari 2026 – Jumaat.
- 1 Februari 2026 – Ahad.
- 1 Mac 2026 – Ahad.
- 1 April 2026 – Rabu.
- 1 Mei 2026 – Jumaat.
- 1 Jun 2026 – Isnin.
- 1 Julai 2026 – Rabu.
- 1 Ogos 2026 – Sabtu.
- 1 September 2026 – Selasa.
- 1 Oktober 2026 – Khamis.
- 1 November 2026 – Ahad.
- 1 Disember 2026 – Selasa.
SEMAKAN BAYARAN SARA RAHMAH 2026
Untuk mengetahui status kelayakan dan status bayaran Bantuan Sara Rahmah telah dikreditkan atau belum, anda boleh buat semakan di Portal Rasmi SARA seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan status bayaran akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.