SEMAK SARA BULANAN – LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
Lebih ramai rakyat dewasa di Malaysia yang disahkan layak untuk menerima bayaran Bantuan SARA Bulanan dengan kadar RM50, RM100, RM150 dan sehingga RM200 setiap bulan bayaran sehingga Disember 2026.
Bagaimanakah semak kelayakan penerima bayaran SARA Bulanan? Ikuti panduan di bawah.
BACA JUGA : SEMAK STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 2 2026
KELAYAKAN PENERIMA SARA BULANAN
Tanpa perlu kemukakan permohonan, penerima Bantuan SARA Bulanan dipilih berdasarkan kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara : Malaysia;
- Had Umur :
- Isi Rumah – 18 tahun dan ke atas;
- Bujang – 21 hingga 59 tahun;
- Warga Emas – 60 tahun dan ke atas.
- Kadar Pendapatan :
- RM1,189 hingga RM2,705 & daftar e-Kasih (Kategori Miskin Tegar).
- RM2,500 hingga RM5,000 & bukan e-Kasih (Kategori Bukan Miskin).
- Lulus Permohonan :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2026.
TARIKH BAYARAN SARA BULANAN
Penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan SARA Bulanan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan MADANI seperti berikut :
- 🗓️ 9 – 16 Januari 2026.
- 🗓️ 1 Februari 2026.
- 🗓️ 1 Mac 2026.
- 🗓️ 1 April 2026.
- 🗓️ 1 Mei 2026.
- 🗓️ 1 Jun 2026.
- 🗓️ 1 Julai 2026.
- 🗓️ 1 Ogos 2026.
- 🗓️ 1 September 2026.
- 🗓️ 1 Oktober 2026.
- 🗓️ 1 November 2026.
- 🗓️ 1 Disember 2026.
KAEDAH BAYARAN SARA BULANAN
Bagaimanapun, bayaran Bantuan SARA Bulanan dilaksanakan mengikut kaedah seperti berikut :
- Penerima di Semenanjung Malaysia :
- Bayaran secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima khas untuk beli barang keperluan asas setiap bulan (Januari – Disember).
- Penerima di Sabah dan Sarawak :
- Tiada lagi bayaran secara tunai dua (2) kali setahun. Kini bayaran dilakukan secara tanpa tunai (cashless) dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima khas untuk beli barang keperluan asas setiap bulan (Januari – Disember).
JUMLAH BAYARAN SARA BULANAN
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA Bulanan bagi setiap kategori penerima :
- Kategori Penerima Miskin Tegar :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 setiap bulan hingga RM2,400 setahun |
| Bujang | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Warga Emas | RM150 setiap bulan hingga RM1,800 setahun |
- Kategori Penerima Bukan Miskin :
| KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah | RM100 setiap bulan hingga RM1,200 setahun |
| Bujang | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
| Warga Emas | RM50 setiap bulan hingga RM600 setahun |
SEMAK SARA BULANAN
Ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan dengan buat semakan secara terus di Portal Rasmi SARA seperti berikut :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini : https://sara.gov.my/.
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“).
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
*Contoh paparan status penerima Bantuan SARA Bulanan yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.