BAYARAN SARA SETIAP BULAN : SEMAK JADUAL MASUK DUIT MYKASIH DALAM IC

BAYARAN SARA SETIAP BULAN : SEMAK JADUAL MASUK DUIT MYKASIH DALAM IC

Setiap awal bulan baharu, penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima pengkreditan elaun bantuan melalui IC (MyKad) untuk dibelanjakan bagi mendapatkan barangan keperluan asas untuk kegunaan harian.

Bagi memastikan anda tidak terlepas tarikh pengkreditan, berikut adalah panduan lengkap mengenai jadual bayaran SARA setiap bulan, kadar jumlah elaun, dan cara membuat semakan status online.

Bagaimanakah semak jadual bayaran sara setiap bulan? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: CHECK BAKI MYSARA 2026

JADUAL BAYARAN SARA SETIAP BULAN DALAM MYKAD

Elaun SARA MyKasih akan dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima yang layak pada tarikh-tarikh berikut :

BULAN BAYARANTARIKH PENGKREDITANKATEGORI PENERIMA
Januari9 Januari 2026Isi Rumah & Warga Emas
Januari16 Januari 2026Bujang
Februari1 Februari 2026Semua Kategori
Mac1 Mac 2026Semua Kategori
April1 April 2026Semua Kategori
Mei1 Mei 2026Semua Kategori
Jun1 Jun 2026Semua Kategori
Julai1 Julai 2026Semua Kategori
Ogos 1 Ogos 2026Semua Kategori
September1 September 2026Semua Kategori
Oktober1 Oktober 2026Semua Kategori
November1 November 2026Semua Kategori
Disember1 Disember 2026Semua Kategori

Tempoh Sah Baki : Tarikh pelaksanaan program bermula 9 Januari 2026 dan baki elaun sah digunakan sehingga 31 Disember 2026. Baki yang tidak dihabiskan pada bulan semasa akan dibawa ke bulan berikutnya.

JUMLAH BAYARAN SARA SETIAP BULAN

Jumlah kredit bayaran yang diterima setiap bulan adalah mengikut kategori kelayakan penerima :

KATEGORI SARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SARA

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
Nama ProgramSumbangan Asas Rahmah 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

CARA GUNA DUIT ELAUN SARA

Untuk membelanjakan elaun bulanan SARA MyKasih menggunakan MyKad, ikuti langkah berikut :

  1. Kunjungi Kedai Runcit / Pasar Mini / Pasar Raya yang berdaftar dan menerima bayaran MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah).
  2. Bawa bersama MyKad (Kad Pengenalan) penerima bersama anda.
  3. Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
  4. Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
  5. Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  6. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
  7. Barangan Keperluan tersebut akan dibayar menggunakan MyKad.
  8. Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
  9. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Penafian : Penulisan ini disediakan untuk tujuan panduan umum sahaja berdasarkan sumber sahih Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026 dan Portal Rasmi SARA bagi tujuan untuk memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah 2026. Pihak kami tidak meminta sebarang maklumat peribadi pembaca. Sebarang semakan kelayakan rasmi mestilah dilakukan secara terus menerusi Portal Rasmi SARA (sara.gov.my).

Leave a Comment