JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH – FASA 2 2026

JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH – FASA 2 2026

Hampir 100,000 ribu penerima yang disahkan layak telah mula menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 2 mengikut jadual yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah. Pembayaran disalurkan mengikut pilihan penerima.

Bagaimanakah semak jadual bayaran SYUKUR Sabah? Rujuk panduan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK JADUAL BAYARAN SARA SETIAP BULAN 2026

JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SYUKUR Sabah untuk Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4 :

PERINGKAT
FASA
TEMPOHTARIKH BAYARAN
Fasa 1Januari – Mac11 Mac 2026
Fasa 2April – Jun21 Mei 2026
Fasa 3Julai – SeptemberSeptember 2026
Fasa 4Oktober – DisemberNovember 2026

JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima sama ada ketua isi rumah atau ahli isi rumah akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dengan jumlah sebanyak berikut :

PERINGKAT
FASA
BULANANJUMLAH BAYARAN
Fasa 1Januari : RM200
Februari : RM200
Mac : RM200
RM600
Fasa 2April : RM200
Mei : RM200
Jun : RM200
RM600
Fasa 3Julai : RM200
Ogos : RM200
September : RM200
RM600
Fasa 4Oktober : RM200
November : RM200
Disember : RM200
RM600

KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH

Kerajaan Negeri Sabah menyediakan tiga (3) pilihan kaedah bayaran Bantuan SYUKUR Sabah mengikut jenis penerima seperti berikut :

BIL. PILIHANKAEDAH BAYARAN
Pilihan 1Bayaran secara pengkreditan
terus ke dalam akaun bank
(bagi penerima yang ada akaun
bank atas nama sendiri)
Pilihan 2Bayaran secara tunai di kaunter
bank atau di pusat pemberian
yang ditetapkan oleh Kerajaan
(bagi penerima yang tiada akaun
bank)
Pilihan 3Bayaran secara pengkreditan
tanpa tunai ke dalam akaun
e-Wallet aplikasi YONO
Superapp

SEMAK STATUS PENERIMA SYUKUR SABAH

Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SYUKUR Sabah boleh diketahui dengan buat semakan secara terus melalui Portal Rasmi PADANS seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
PADANShttps://padans.sabah.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi PADANS di atas.
  2. Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik butang [Semak].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • *tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 80081234567.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan penerima bayaran SYUKUR Sabah Fasa 2 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS. Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila hubungi atau e-melkan ke pihak berwajib seperti berikut :

  • Talian SYUKUR Sabah : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment