SEMAK BAYARAN SYUKUR FASA 2 2026

SEMAK BAYARAN SYUKUR FASA 2 2026

Rakyat yang dilahirkan di Sabah atau bermaustautin di Sabah tidak kurang dari satu tahun serta telah mengemukakan permohonan Bantuan SYUKUR Sabah pastinya sedang menantikan bayaran Fasa 2 yang akan dikreditkan tidak lama lagi sebanyak RM 600 kepada setiap penerima.

Bagaimanakah semak bayaran SYUKUR Fasa 2? Rujuk maklumat bayaran lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SARA WARGA EMAS : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

APA ITU BANTUAN SYUKUR?

Bantuan SYUKUR atau rasminya Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah merupakan sebuah program bantuan yang disalurkan secara tunai terus kepada rakyat untuk memenuhi keperluan asas dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR

Permohonan Bantuan SYUKUR diluluskan berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Sabah atau bermastautin di Sabah lebih 1 tahun;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Berpendapatan tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
  • Tersenarai dalam rekod data PADANS atau e-Kasih 2026.

JUMLAH BAYARAN SYUKUR

Jumlah pembayaran Bantuan SYUKUR adalah sebanyak RM2,400 setahun, namun disalurkan secara ansur setiap tiga (3) bulan sekali dengan jumlah sebanyak berikut :

  • Fasa 1 : RM600.
  • Fasa 2 : RM600.
  • Fasa 3 : RM600.
  • Fasa 4 : RM600.

TARIKH BAYARAN SYUKUR

Penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR mengikut tarikh yang ditetapkan bagi setiap fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 : 11 Mac 2026.
  • Fasa 2 : Jun 2026.
  • Fasa 3 : September 2026.
  • Fasa 4 : November 2026.

*Untuk bayaran Fasa 2 hingga Fasa 4, tarikh masih belum diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

SEMAK BAYARAN SYUKUR

Untuk pemohon yang telah kemukakan permohonan Bantuan SYUKUR boleh semak status bayaran Fasa 2 melalui Portal Rasmi PADANS seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi PADANS di sini :
  2. Portal rasmi PADANS akan dipaparkan.
  3. Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik butang [Semak].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Isikan nombor Kad Pengenalan anda pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900330112345.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SYUKUR Fasa 2 akan dipaparkan.
  8. Selesai.

*Sekiranya disahkan layak, penerima akan menerima bayaran melalui akaun bank atau tunai atau melalui akaun e-Wallet YONO Superapp.

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi PADANS Sabah. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment