SEMAK SARA WARGA EMAS : STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Kira-kira seramai lebih 1.3 juta penerima yang merupakan Warga Emas direkodkan secara automatik layak menerima bayaran Bantuan SARA dengan kadar bermula RM50 sehingga RM150 setiap bulan selama setahun (2026) ini.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan dan bayaran SARA Warga Emas? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA MOHON BANTUAN STR – BAYARAN FASA 3 2026
JUMLAH BAYARAN SARA WARGA EMAS
Warga Emas yang merupakan ‘Miskin Tegar’ akan menerima jumlah bayaran Bantuan SARA lebih tinggi berbanding Warga Emas yang ‘Bukan Miskin’ seperti berikut :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN BULANAN | JUMLAH BAYARAN KESELURUHAN |
|---|---|---|
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan | RM1,800 setahun |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan | RM600 setahun |
TARIKH BAYARAN SARA WARGA EMAS
Bagaimanapun, kedua-dua kelayakan penerima Warga Emas ‘Miskin Tegar’ dan ‘Bukan Miskin’ akan menerima bayaran Bantuan SARA pada tarikh yang sama seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH KREDIT |
|---|---|
| 9 Januari 2026, Jumaat | RM50 – RM150 |
| 1 Februari 2026, Ahad | RM50 – RM150 |
| 1 Mac 2026, Ahad | RM50 – RM150 |
| 1 April 2026, Rabu | RM50 – RM150 |
| 1 Mei 2026, Jumaat | RM50 – RM150 |
| 1 Jun 2026, Isnin | RM50 – RM150 |
| 1 Julai 2026, Rabu | RM50 – RM150 |
| 1 Ogos 2026, Sabtu | RM50 – RM150 |
| 1 September 2026, Selasa | RM50 – RM150 |
| 1 Oktober 2026, Khamis | RM50 – RM150 |
| 1 November 2026, Ahad | RM50 – RM150 |
| 1 Disember 2026, Selasa | RM50 – RM150 |
SYARAT KELAYAKAN SARA WARGA EMAS
Seramai 1.3 juta penerima yang merupakan Warga Emas yang terpilih layak menerima bayaran Bantuan SARA adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN MISKIN TEGAR | KELAYAKAN BUKAN MISKIN |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas | 60 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan) | Bujang atau Balu / Bercerai (tiada anak masih tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) RM1,189 – RM2,705 (tersenarai dalam data eKasih) | Bawah RM2,500 atau sehingga RM5,000 sebulan (tidak tersenarai dalam data eKasih) |
| Permohonan STR | Lulus ✅ | Lulus ✅ |
SEMAK SARA WARGA EMAS
Warga Emas yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA boleh buat semakan secara online terus melalui Portal Rasmi SARA seperti panduan di bawah :
- Sila layari laman Portal Rasmi SARA di sini :
- Portal Rasmi SARA akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor Kad Pengenala (tanpa “-“)
- Contoh : 550530123456.
- Tandakan pada kotak [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Warga Emas akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian SARA MOF : 03-7720 1800
- E-mel SARA : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.